3 Langkah Mudah Dan Selamat Untuk Kawal Ketagihan Makanan Manis. Ramai Dah Berjaya!

Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. Oleh sebab itu, semakin ramai orang yang mula mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian mereka.


Selain dapat mengurangkan risiko obesiti, masalah organ dan jantung, mengurangkan pengambilan gula juga boleh meningkat kualiti hidup harian anda.

Gula juga boleh menyebabkan ketagihan dan kebiasaannya orang yang mula mengurangkan pengambilan gula akan merasakan craving. Oleh itu, artikel kali ini akan memberikan panduan kepada anda untuk memudahkan proses kurangkan gula.

Langkah 1: Asas-Asas Tentang Gula

Sebelum kita mendalami cara-cara kurangkan gula, kita perlulah ketahui serba sedikit fakta asas tentang gula; dan kenapa ia baik dan kenapa ia buruk.

1. Ketahui Bagaimana Gula Memberikan Kesan Kepada Badan

Gula merupakan satu bentuk karbohidrat yang badan anda perlukan untuk menghasilkan tenaga. Makanan yang manis merupakan makanan kegemaran kita, kerana sumber tenaga datangnya dari gula makanan tersebut.

Oleh sebab evolusi makanan sekarang cepat berkembang, dan sudah banyak makanan dan manisan, ia menyebabkan kita kerap mengambilnya – sehinggalah kita mengambilnya secara berlebih-lebihan.

Kandungan gula yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan masalah berat badan, masalah jantung dan gusi. Kajian tentang pengambilan gula berlebihan masih ditersukan, dan berdasarkan sumber, ia juga boleh membawa kepada masalah hati dan penyumbang kepada penuaan.

2. Ketahui Jenis-Jenis Gula

Apabila diperkatakan tentang gula, anda pasti akan terbayangkan ketulan halus yang anda guna di dapur. Namun, gula secara ringkasnya mempunyai dua jenis:

i. Gula semulajadi – yang boleh didapati dalam buah-buahan
ii. Gula buatan/tambahan – yang diolah, seperti pemanis dan perasa

Pengambilan gula diatas bukanlah sebagai satu klasifikasi yang mana baik dan mana yang buruk. Kedua-duanya boleh membekalkan anda tenaga. Cuma anda perlu mengawal pengambilannya, agar tidak berlebihan.

3. Kurangkan Gula Tambahan Di Dalam Diet

Gula tambahan adalah gula yang ditambah di dalam makanan dan minuman untuk memaniskannya tanpa menambah sebarang nutrisi, dan malah ia boleh diambil dengan kuantiti yang banyak tanpa cepat rasa kenyang.

Gula semula jadi seperti buah-buahan dan susu mengandungi vitamin, mineral dan serat yang boleh memberikan anda rasa kenyang, dan secara tidak langsung boleh mengelakkan anda mengambil gula secara berlebihan.

Satu lagi anda boleh faham adalah; anda makan makanan yang mengandungi gula tambahan seperti biskut, ianya tidak mengandungi sebarang serat dan nutrisi untuk mengenyangkan anda – perkara ini boleh menyebabkan anda memakan biskut dengan kadar yang banyak, termasuklah gula yang terkandung di dalamnya.

4. Awasi Pemanis

Setelah kajian membuktikan bahawa gula boleh membahayakan kesihatan (jika mengambilnya secara berlebihan), saintis telah memperkenalkan pemanis tiruan sebagai satu pengganti kepada gula.

Namun, produk tersebut boleh memberikan kesan yang buruk kepada badan, bahkan mungkin lebih teruk berbanding dengan gula biasa.

Aspartame, saccharin, sugar alcohols dan yang lain mengandungi kesan sampingan dan berkemungkinan boleh memberikan kesan kepada kesihatan anda. Jika anda ingin kurangkan pengambilan gula, elakkan menggunakan pemanis kerana dikhuatiri boleh menyebabkan rasa craving tersebut tertambah.

Elakkan makanan yang diproses dan ditambah dengan gula tambahan/pemanis tiruan seperti minuman diet dan mana-mana yang makanan manis yang mempunyai label “bebas gula” ataupun “sugar-free” kerana produk tersebut mungkin menggunakan pemanis.

Langkah 2: Ubah Gaya Pemakanan Anda

Tahap gula yang diambil adalah bergantung kepada pemakanan kita, oleh itu semuanya perlulah bermula dengan pemakanan yang baik dan sihat. Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh amalkan:

1. Periksa Label Paket Makanan

Anda ingin mengurangkan pengambilan gula, anda perlu lebih teliti dalam pemilihan makanan dari kedai-kedai. Kebiasaannya makanan yang mengandungi banyak gula adalah seperti biskut, roti berperisa, sos tomato dan lain-lain. Pastikan anda memeriksa label pada kotak ataupun bungkusan tersebut terlebih dahulu.

Biasanya gula akan dilabelkan dengan sukrosa, glukosa, fruktosa ataupun laktosa. Cuba kurangkan membeli makanan yang mengandunginya.

Gula tambahan pula biasanya akan dilabel dengan aspartame, acesulfame potassium, saccharin, neotame, sucralose, maltitol, sorbitol, ataupun xylitol.

2. Kurangkan Makanan yang Diproses

Gula biasanya akan ditambah di dalam makanan yang diproses untuk menambahkan rasa, tekstur dan jangka hayat. Cuba dapatkan makanan yang segar, dan bukannya yang dibungkus.

Makanan yang dibekukan, snek, jajan, sup tin, yogurt, sos dan beberapa makanan yang lain kebiasannya mengandungi gula tambahan.

Pengambilan buah-buahan juga perlu ditelitikan, kerana sesetangah buah-buahan yang dijual di dalam bungkusan atau pakej mempunyai gula tambahan.

3. Masak Di Rumah

Salah satu cara yang mudah dan berkesan jika anda ingin kurangkan gula adalah dengan memasak makanan anda sendiri. Dengan berbuat demikian, anda boleh mengawal kadar gula yang digunakan dalam setiap sajian dan minuman.

Jika dibandingkan dengan anda membeli makanan dan minuman di luar, biasanya peniaga akan meletakkan gula dengan banyak untuk menambahkan rasa – walaupun anda minta kurang gula, ia tetap manis! Betul tak?

4. Sediakan Sajian Tanpa Gula Yang Sedap

Gula ataupun rasa manis dalam makanan boleh memberikan rasa ketagih, oleh itu sekiranya bercadang untuk kurangkan/berhenti pengambilan gula anda akan rasakan makanan tersebut kurang enak.

Oleh itu anda perlu sediakan makanan yang boleh menggantikan rasa tersebut. Jika tidak, anda mungkin akan kembali kepada pengambilan gula seperti biasa.

Berikut adalah cadangan untuk berbuat demikian:

i. Pelajari resepi makanan yang kurang gula. Anda boleh dapatkan buku resepi yang sihat di sini.

ii. Perbanyakkan makanan berprotein tinggi seperti telur, kacang, daging, ikan, tauhu, sayur-sayuran dan lain-lain. Protein boleh memudahkan anda berasa kenyang dan boleh mengurangkan sugar craving.

iii. Gantikan gula dengan rempah ratus dalam sesetengah menu sajian anda.

iv. Gantikan minyak masak anda dengan minyak zaitun

5. Lebih Peka Dengan Sajian di Restoran

Ianya lebih mudah untuk mengambil kadar gula yang berlebihan di restoran kerana anda tidak boleh mengawalnya.

Oleh sebab itu, anda perlu menyatakan bahawa ingin kurangkan gula terlebih dahulu sebelum memesan makanan ataupun minuman.

Untuk pencuci mulut pula, cuba elakkan daripada memesan makanan seperti ais krim, kerana ia tinggi kandungan gulanya. Sebaliknya pesanlah buah-buahan ataupun, lagi senang tak perlu pesan apa-apa.

Langkah 3: Komitmen Dengan Usaha

Selain mencuba, anda juga perlu memberikan komitmen kepada usaha yang anda curahkan untuk kurangkan gula. Berikut mungkin boleh membantu anda:

1. Banyakkan Makan yang Sihat Di Rumah

Kita biasanya akan kerap makan makanan yang tidak sihat jika ia banyak di rumah . Dan untuk kurangkan memakanan makanan yang tidak sihat adalah dengan kurangkan stoknya di rumah ataupun rak makanan anda.

Gantikannya dengan makanan yang berkhasiat dan tidak mengandungi kandungan gula yang banyak.

2. Atasi Craving

Mungkin beberapa minggu pertama setelah anda kurangkan ataupun berhenti mengambil gula, anda akan merasakan craving, sakit kepala dan lain-lain rasa yang menarik anda untuk kembali mengambil gula.

Badan anda sudah terbiasa dengan mendapat kandungan gula yang anda ambil setiap hari. Jadi jika ia kurang, badan akan memerlukannya sampailah kadarnya seperti biasa.

Terdapat beberapa cara untuk kurangkan rasa tersebut:

i. Banyakkan Minum Air

Kekal hidrat boleh membantu badan anda untuk kekal dalam keadaan baik dan mengurangkan rasa inginkan gula.

ii. Makan

Anda boleh memakan makanan yang tanpa gula untuk mengurangkan rasa ingin makan. Makanan pilihan mestilah makanan yang sihat seperti buah-buahan ataupun snek tanpa gula.

iii. Banyakkan Berehat

Badan yang sudah terbiasa dengan gula yang banyak akan menghasilkan tenaga yang banyak. Kalau kurangkan pengambilannya, badan anda akan cepat berasa letih. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk kurang melakukan kerja-kerja berat semasa dalam proses mengurangkan pengambilan gula.

3. Sertai Kumpulan ataupun Program Diet

Kurangkan gula kadang-kala agak sukar bagi sesetangah orang, dan ianya boleh dilakukan dengan kerjasama dan sokongan orang yang dalam situasi yang sama.

Daripada melakukannya secara persendirian, sertailah program diet ataupun ajaklah kawan-kawan dan ahli keluarga untuk sertai anda.

Selain mendapat sokongan, mereka juga boleh tolong pesan berpesan antara satu sama sendiri. Situasi pasti akan lebih meriah!

4. Jangan Terlalu Tegas

Kadang kala, anda terpaksa mengambil makanan yang tinggi kandungan gulanya, terutama jika anda berada dalam majlis yang anda tidak boleh elak – contohnya jamuan hari jadi, kenduri kahwin, jamuan hari raya dan lain-lain.

Tidak elok menolak pelawaan orang, oleh itu dalam keadaan tersebut anda perlu mengalah dan berhenti untuk seketika hasrat anda untuk berhenti mengambil gula.

Apa yang pasti, anda perlu kurangkan kuantiti yang anda ambil semasa menjamu selera di majlis-majlis tersebut. Dan kemudian, kembali kepada diet yang asal.

Anda mungkin akan merasakan craving untuk beberapa hari selepas majlis tersebut, namun anda boleh biasakan diri selepas itu.

Tips Tambahan

Jika anda sedang craving kepada makanan yang manis, cuba bertukar kepada buah-buahan segar. Serat yang terkandung boleh memberikan anda rasa kenyang dengan cepat.

Jangan makan terlebih had! Walaupun anda memakan makanan yang berkhasiat, jika diambil dengan kuantiti yang banyak ia tetap boleh memudaratkan diri.

Amaran

JANGAN keluarkan semua gula dalam diet anda kerana badan amat memerlukannya! Badan kita perlukan gula dalam darah untuk berfungsi dengan sempurna.

Kesimpulan

Gula merupakan salah satu bahan yang amat penting kepada sistem badan, namun jika tidak dikawal pengambilannya, ia boleh memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan.

Oleh, kita perlulah mengawal tindak tanduk kita terutama dalam pemakanan dan peminuman agar kita tidak akan mendapat penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda