4 Cara Mudah Jika Lelaki Serius Nak Hilangkan Perut Buncit Dengan Pantas

Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah masalah perut buncit. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang belum berkahwin pun perut sudah 'maju ke depan.'

4 Cara Mudah Jika Lelaki Serius Nak Hilangkan Perut Buncit Dengan Pantas

Korang tahu tak ada cara yang pantas untuk hilangkan masalah perut buncit? Tapi kena sabar sikit dan lakukan dengan konsisten. Caranya ialah dengan makan!

Makan bukan sebarang makan. Makanan untuk menghilangkan perut buncit secara pantas adalah seperti di bawah ini:

1. Minum Air Lemon Panas Setiap Pagi
Antara kebaikan air lemon ialah ia membersihkan sistem pencernaan, bantu membakar kalori di perut dan meningkat metabolisma tubuh.

2. Minum Banyak Air putih
Setiap kali teringat nak mengunyah makanan ringan, ingat air putih. Gantikan keinginan dengan meminum air putih. Air putih yang tidak mempunyai kalori sangat baik untuk
membantu membakar kalori dalam tubuh.

3. Jauhi Atau Kurangkan Makanan Masin
Terlalu banyak garam menyebabkan ia mengikat air dalam tubuh sehingga mengakibatkan berat badan bertambah dan akibatnya-perut buncit. Ini disebabkan lemak-lemak makanan
masin yang berkumpul pada bahagian perut.

4. Lupakan Susu Atau Produk Berasaskan Susu
Susu memang sihat. Itu memang tidak dinafikan. Namun, fakta yang tidak boleh disangkal ialah susu juga mempunyai banyak lemak. Makanan berasaskan susu seperti keju dan yogourt juga perlu dielak.

Apalagi yang ditunggu? Petua dah bagi. Sekarang, hanya tinggal sejauh mana anda konsisten dalam mengamalkan pemakanan sihat seperti di atas agar tidak lagi diperli rakan-rakan akibat perut yang buncit.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda