Berhati-Hati! 7 Perkara Bahaya Ini Bakal Terjadi Kalau Makan 'Berat' Satu jam Sebelum Tidur

Makanan merupakan keperluan wajib bagi kita untuk memenuhi keperluan nutrisi manusia setiap hari. Pada umumnya manusia memerlukan berbagai macam jenis nutrisi untuk melakukan aktiviti seharian. Nutrisi dalam satu hari ini diperoleh melalui makanan, yang dimakan sepanjang hari. Ramai pula dari kita, yang telah menerapkan pola makan teratur, seperti makan waktu pagi atau sarapan, petang dan malam.


Namun tahukah anda bahawa bahaya makan pada malam hari sebelum tidur, boleh mengakibatkan kesan tidak baik kepada tubuh anda? Ya, banyak sekali kesan buruk dari pengambilan makanan berat pada malam hari sebelum anda pergi tidur. Terkejut? Berikut ini beberapa kesan buruk dari kebiasaan mengambil makanan berat pada malam hari sebelum waktu tidur :


1. Menambah Berat Badan

Salah satu kesan buruk yang mungkin terjadi apabila mengambil makanan berat pada malam hari sebelum tidur adalah naiknya berat badan anda secara drastik. Mengapa hal ini boleh terjadi? Perlu anda ingat, bahawa setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memiliki kandungan kalori yang diperlukan tubuh untuk melakukan aktiviti.

Ketika makanan yang mengandung kalori tinggi masuk ke dalam tubuh, namun tidak ada aktiviti yang dilakukan, maka kalori tersebut tidak akan terbakar dan malah akan menjadi lemak yang berkumpul di dalam tubuh. Kalori yang tidak terbakar ini, yang kemudian menjadi lemak, akan sangat mempengaruhi keadaan berat badan. Boleh dipastikan berat badan akan meningkat secara drastik apabila mengambil makanan pada malam hari sebelum tidur.

2. Diabetes

Diabetes merupakan penyakit lanjutan dari terjadinya pengumpulan lemak di dalam tubuh. Apabila menjadi tabiat mengambil makanan berat sebelum tidur, maka bersiaplah dengan munculnya penyakit ini, yang disebabkan oleh pengumpulan lemak yang terjadi kerana gaya hidup tidak sihat ini.

3. Serangan Jantung

Serangan jantung dapat terjadi sebagai akibat lemak yang berkumpul, dan memiliki risiko menyumbat saluran pembuluh darah. Hal ini akan meningkatkan risiko dalam mengalami serangan jantung, disamping faktor-faktor lainnya.

Dengan kebiasaan mengambil makanan berat pada malam hari sebelum tidur, akan meningkatkan lemak dalam tubuh dan memungkinkan anda untuk mengalami serangan jantung.

4. Mempengaruhi Pola dan Kualiti Tidur

Pola tidur dan kualiti tidur anda pasti akan ikut terpengaruh, apabila memiliki tabiat mengambil makanan berat pada malam hari sebelum pergi tidur. Sama seperti penjelasan sebelumnya, jenis makanan apapun pasti mengandungi kalori.

Kalori merupakan suatu bahan bakar yang diperlukan tubuh, sehingga menyukarkan untuk tidur dan pasti akan terjaga sejenak. Hal ini kerana makanan yang mengenyangkan akan memberi rangsangan pada badan untuk melakukan suatu pekerjaan, bukannya tidur. Tentunya hal ini akan berpengaruh terhadap kualiti tidur, sehingga membuatkan anda sukar bangun keesokan harinya.

5. Acid Reflux

Acid reflux merupakan suatu masalah kesihatan dimana asid gastrik akan naik ke kawasan kerongkong atau tekak. Hal ini disebabkan oleh anda berbaring dan berusaha untuk tidur setelah mengambil makanan berat pada malam hari.

Ketika mengambil suatu makanan, maka asid gastrik akan keluar dan bekerja. Namun ketika terus berbaring, maka asid gastrik akan naik ke atas, terutama ke bahagian kerongkong atau tekak. Hal ini akan menimbulkan kesan perit dan sakit di kerongkong atau tekak ketika bangun keesokan harinya.

6. Heart Burn

Heart burn mempunyai penyebab yang sama dengan dengan penyebab acid reflux. Masalah heart burn terjadi ketika merasakan rasa panas dan tidak nyaman pada bagian dada setelah mengambil makanan pada malam hari sebelum pergi tidur. Hal ini sama-sama disebabkan oleh asid gastrik yang naik ke bahagian rongga dada, sehingga menimbulkan efek panas dan tidak nyaman pada bahagian rongga dada anda. Namun demikian, masalah heart burn ini jarang terjadi, pada masa normal.

7. GERD ( Gasteophageal Reflux )

GERD atau Gasteophageal Reflux merpakan suatu gejala lanjutan yang terjadi kerana timbulnya Heart Burn. Apabila merasakan gejala heart burn yang sering muncul ketika mengambil makanan berat pada malam hari sebelum anda tidur, maka anda harus membuat pemeriksaan dengan doktor. Ada kemungkinan tubuh menderita GERD atau Gasteophageal Reflux tersebut.

Beberapa bahaya makan pada malam hari ini, sebenarnya boleh dijauhi. Apabila terasa lapar pada malam hari, cubalah untuk mengambil makanan atau snek yang rendah kalori dan tinggi serat serta vitamin, agar tubuh dapat menyerap vitamin dan mineral tersebut pada masa tidur dan bukannya menimbun menjadi lemak.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda