Cara Tambah Keselamatan Rumah Dengan Lengahkan Penyamun Dari Memecah Pintu

Menjadi kerisauan ramai pemilik rumah apabila meninggalkan rumah dalam tempoh agak lama kerana memikirkan rumah mungkin akan diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, dinasihatkan kepada orang ramai jika hendak meninggalkan rumah dengan tempoh yang lama di mana memakan masa berhari-hari, eloklah dimaklumkan kepada balai polis berhampiran.

Selain itu, faktor keselamatan rumah juga perlu diambil berat oleh pemilik rumah dengan menambah alat keselamatan rumah contohnya grill atau sistem penggera keselamatan bagi mereka yang mampu.


Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison -Realtor telah berkongsikan satu tips yang dipesan bapanya amat berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman anda.

Berikut adalah perkongsian beliau.

Petua elakkan pintu rumah dari dipecah masuk perompak

My dad gave me this advice a long time ago when I moved into my first apartment. He even came out and changed the screws for me as soon as I moved in. Someone else recently posted about it and I thought I would share!

A good home security tip that you may have never thought about…. Most contractors install the plates with the supplied screws which are only a half inch long and come out with one kick by a burglar.

He installed 4 inch screws in their place that go through the door frame and into the framing of the house. They can kick for a long time before they get tired!

You can see in the picture the screw in his hand is the screw supplied with the door hardware. Making a burglar make a bunch of noise and be foiled in their initial plan can not only give you time to arm yourself but they will most likely move on to an easier target.

Terjemahan dalam bahasa melayu.

Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah akan datang dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.

Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan… Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja.. Ini membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali.

Ayah telah menggantikan skru itu dengan panjang 4 inci bingkai pintu rumah. jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu dan letih. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.

Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai ‘alarm’ kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.
Jadi, pesan admin, jika ingin sistem keselamatan rumah kita lebih selamat, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh Mariana ini.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda