'Dia Jual Kuih Mochi Hasil Tangan Isteri Tercinta Dari Meja Ke Meja'

Jarang nampak suami yang sudi membantu isteri berniaga kuih lebih-lebih lagi di waktu malam. Namun tidak bagi lelaki ini yang sanggup menebalkan muka untuk menjual kuih hasil buatan tangan isteri tercinta. 



Oleh Muaz Aziz 

Abang ini pergi meja ke meja, gayanya cuba memperkenalkan kuih yang dibawa. Satu persatu pengunjung di meja menolak mentah-mentah 'approach' abang ini. Mukanya tidak hampa, setiap meja baru dia mulakan dialog baru untuk memikat bakal pembeli.

Sampai di meja kami, Haji Ismail membuka tangan untuk abang ini. 

"Kuih apa ni bang?"

"Kuih Mochi, kuih Jepun ni. Leceh nak buat," jawab abang ini ringkas, padat. 

"Siapa buat?" soal Haji lagi sambil membelek bungkusan. Gayanya macam durian crepe. 

"Isteri yang buat. Orang kita ramai tak kenal kuih ini. Itu yang saya kena jual dari meja ke meja untuk memperkenalkan kuih ini. 

"Oh, berapa sebungkus?" soal Haji lagi. 

"RM5 saja bang," jawabnya sambil membelek bungkusan beg yang membawa baki kuih Mochi ini. 

"Bagi dua," sahut Haji sambil menghulurkan RM10.00. 

Mukanya tampak girang. 
"Bagi satu lagi bang," sahut Bro Y pula. 

"Alhamdulillah!" dia tersenyum sambil mengeluarkan lagi stok dalam beg. 

"Baby saya suka kot kuih ini. Minta satu bang," jerit saya pula. 

"Alhamdulillah!" panjang abang ini bersyukur. 

"Ini yang terakhir," sambutnya sambil menghulurkan bungkusan terakhir kepada saya. 

Selepas stoknya berjaya dijual habis, abang Azi berkongsi cerita hampir 5 minit dengan kami, seronok gamaknya. 

Rasa kuih mochi ini lembut, sedap malahan murah dari harga pasaran RM5.00 untuk 4 biji. Harga yang dijual oleh abang Aziz, RM5.00 untuk 6 biji. 

Ini nombor abang Aziz, 017-9707592. Abang ini menjual dan tinggal di kawasan Bandar Seri Putra. Dia tak menjual di lokasi tetap, dia akan menjual dari meja ke meja hasil tangan isterinya yang tercinta sebab mahu orang yang membeli dapat maklumat lengkap mengenai kuih mochi yang istimewa ini. -Muaz Aziz

Abang Aziz, yang sebelum ini bekerja sebagai juruteknik, mengalami kerosakkan pada penglihatan. Kini, dia membantu isterinya berniaga kuih Mochi sambil dibantu oleh anaknya yang menghantar beliau ke sana sini. 

"Isteri dia belajar buat kuih mochi ini melalui trial and error. Memang beliau seorang yang tabah dan tekun menjual mochi," kata Niza Haniz Mustaffa.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda