Lelaki Dari Jepun Ini Selalu Berpakaian Arab di Negaranya, Ini Alasannya

Bermusafir ke suatu negara untuk menemukan keunikan dan suasana baru boleh benar-benar membuatkan kita jatuh hati.

Lelaki Dari Jepun Ini Selalu Berpakaian Arab di Negaranya, Ini Alasannya

Di negara yang dituju, pasti kita akan menemui perkar-perkara baru yang membuatkan kita merasa kagum.

Tak berbeza dengan apa yang dialami seorang pelancong berbangsa Jepun, Akira Takatoriya. Lelaki ini hanya menghabiskan masa selama 10 hari untuk jatuh cinta pada Arab Saudi. Dia benar-benar obses dengan budaya negara penghasil minyak bumi terbesar dunia itu.

Berkunjung ke Arab Saudi pada 2014 lalu, lelaki ini sangat kagum dengan budaya Arab Saudi dan berhasrat mempromosikan negera itu setelah kembali ke Jepun. Takatoriya datang ke Arab untuk program pertukaran pelajar yang diselenggarakan oleh Menteri Luar Negeri Arab Saudi dan Yayasan Sheik Abdullah pada tahun 2014 lalu.


Selama 10 hari di Arab, dia mengunjungi Riyadh, Jeddah, Al-Qassim, dan Dammam, hingga akhirnya jatuh cinta dengan negara itu. Ketika ditanya kenapa dia begitu cepat jatuh cinta pada negara Arab, alasan lelaki ini sangat mudah.

Menurutnya, warga Arab Saudi sangat ramah dan makanannya sedap-sedap. Oleh kerana cintanya pada negara Arab Saudi, lelaki ini sekarang sering memakai pakaian tradisional Arab di negaranya.

Lelaki Dari Jepun Ini Selalu Berpakaian Arab di Negaranya, Ini Alasannya

Bukan cuma gaya pakaian, kebelakangan ini dirinya juga punya nama panggilan tersendiri di media sosial, iaitu “Shams Qamar,” ataupun memberi makna “Bulan Matahari,” yang bererti dari namanya sendiri, Akira Takatoriya.

Foto-foto yang dikongsikannya di Instagram @shams_qamar_jp jadi viral di media sosial. Berikut foto Takatoriya alias Shams Qamar lainnya di Instagram

Lelaki Dari Jepun Ini Selalu Berpakaian Arab di Negaranya, Ini Alasannya
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!