Minyak Kitar Semula Punca Kanser, Petua Nak Kenalpasti Minyak Masak Kitar Semula Dan 7 Cara Menggunakannya Dengan Selamat

Dua pakar pemakanan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan minyak masak kitar semula lebih daripada tiga kali kerana dikhuatiri ia telah bertukar menjadi racun akrolein yang boleh mengakibatkan kanser.

Minyak Kitar Semula Punca Kanser, Petua Nak Kenalpasti Minyak Masak Kitar Semula Dan 7 Cara Menggunakannya Dengan Selamat

Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Dr. Fatimah Arshad berkata, kebiasaannya minyak kitar semula yang sudah bertukar kehitaman akibat proses oksidasi itu turut mengandungi karsinogen iaitu zat kimia yang menjadi punca kanser.

"Jika pengguna terdedah dalam tempoh jangka masa panjang dengan minyak masak yang sudah tercemar itu, risiko untuk mereka diserang penyakit kanser adalah amat tinggi,"' katanya.

Fatimah berkata, orang ramai seelok-eloknya menggunakan minyak masak sebanyak tiga kali sahaja untuk menggoreng makanan.


Awas bila menggunakan minyak masak dalam bentuk paket! Jangan kompromi dengan harga yang murah. Selidiki dulu sebelum membeli di pasar malam atau gerai-gerai pisang goreng di tepi jalan.

Penggunaan Minyak 'Recycle'

Peniaga yang menjual makanan 'deep fried' sudah tentu tidak akan membuang minyak yang telah digunakan kerana ia akan meningkatkan kos operasi dan mengurangkan margin keuntungan. Kebanyakannya terutama peniaga pisang goreng akan menyimpan minyak yang telah digunakan, menapis kerak-kerak dan kemudian menggunakan semula untuk menggoreng makanan. Perkara ini akan berterusan beberapa hari berikutnya sehingga ke satu tahap dimana minyak itu sudah bertukar menjadi hitam barulah mereka akan menggunakan minyak yang baru. 

Penggunaan minyak 'recycle' ini sebenarnya amat merbahaya kerana ia dicemari oleh sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tekanan darah tinggi. Minyak yang telah digunakan akan merosot (teroksida, terpolimer dan terhidrolisis) lalu membentuk komponen merbahaya. Kemerosotan ini diikuti oleh perubahan tahap keasidan lemak, perubahan warna minyak dan peningkatan asid lemak trans - asid lemak yang boleh mengakibatkan serangan jantung.

Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa minyak juga adalah punca kepada masalah kulit muka seperti jerawat atau acne. Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelak dari masalah ini ialah dengan berhenti dari mengambil makanan yang digoreng lebih-lebih yang digoreng secara deep-fried. Orang Eskimo mempunyai kulit yang licin kerana mereka makan ikan - sumber minyak yang baik untuk omega-3. 

Jangan tertipu kalau beli sesuatu barang. Korang kena jadi pengguna yang bijak tau. Kadang-kadang peniaga ni nak ambil untung banyak mereka akan guna cara yang tak jujur. Jadi, sebelum atau selepas beli, pastikan korang tak tertipu dengan barang yang dibeli okay. Sebagai contoh, minyak masak. 

2 Petua Memastikan Minyak Dibeli Asli Dan Bukan Kitar Semula:

1) Korang letak minyak masak dalam peti sejuk selama 2 jam. Sebab? Untuk memastikan ada atau tidak buih keputihan dan untuk memastikan minyak tu berbuih atau tidak. Sekiranya ada , minyak tersebut adalah minyak kitar semula. Bermaksud, minyak buangan.

2) Cara kedua, masukkan bawang putih dalam minyak tersebut, jika bawang putih bertukar jadi merah, ia bermaksud minyak yang korang guna merupakan minyak kitar semula dan ia sangat bahaya. Bawang putih tidak akan berubah jadi warna merah sekiranya minyak yang kita guna berkualiti baik.

Haa korang boleh cuba petua ni okay? Jangan tertipu tau !

7 Tips Menggunakan Minyak Masak Terpakai

Berikut adalah 7 TIPS menggunakan semula minyak masak dengan selamat:

1. Jangan gunakan semula minyak sayuran yang sudah dipakai terutamanya minyak zaitun (olive oil) kerana smoke point-nya sangat rendah

2. Tapis minyak masak yang sudah digunakan menggunakan kain untuk memastikan tiada sisa makanan tertinggal. Bakteria boleh hidup di dalam makanan dan merosakkan minyak masak.

3. Cuba sebolehnya, gunakan minyak masak terpakai selain daripada menggoreng (contoh: menumis) kerana smoke point minyak masak terpakai sangat rendah. Menggoreng menggunakan minyak terpakai boleh meningkatkan kadar pembentukan toksik HNE. 

4. Matikan api sejurus masakan sudah siap. Haba api boleh merosakkan minyak masak terpakai

5. Jangan guna minyak masak terpakai yang mengeluarkan asap yang banyak dan kebiruan yang memedihkan mata, berbuih, bertukar warna menjadi perang pekat atau mengeluarkan bau tengik apabila dipanaskan. Ia adalah tanda minyak masak sudah rosak.

6. Simpan minyak terpakai dalam bekas gelap dan tidak terdedah dengan haba daripada gas api dan cahaya matahari. Haba boleh merosakkan minyak dengan lebih cepat

7. Sentiasa pastikan minyak masak terpakai anda masih elok. Bau dan lihat warnanya. Jika warnanya menjadi perang pekat, menjadi likat atau pekat, berbau tengik, jangan gunakan lagi. BUANG

Mungkin anda boleh elak menggunakan minyak masak yang rosak di rumah. Tetapi bagaimana pula dengan minyak masak yang digunakan restoran? Adakah mereka mengambil berat tentang perkara ini?

Kurangkanlah memesan makanan bergoreng di restoran. Anda pasti tidak mahu mendapat kanser, hati rosak atau ginjal gagal berfungsi bukan?

Sayangi tubuh badan anda. Ambil berat tentang cara penyediaan makanan!
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda