Petua Mudah Berkesan Putihkan Gigi Kuning Anda Dengan Hanya RM1.50

Gigi merupakan salah satu bahagian tubuh yang kadang kala sering diabaikan oleh pemiliknya. Mungkin untuk sesetengah orang beranggapan bahawa gigi hanyalah suatu bahagian tubuh yang berfungsi untuk mengunyah makanan dan membantu proses bercakap, hingga tanpa disedari mereka telah mengabaikan penampilannya. Selain berfungsi untuk fisiologi manusia, gigi juga berfungsi sebagai faktor utama penampilan. 


Gigi putih bersih adalah dambaan setiap orang. Seseorang yang memiliki gigi putih dan bersih mampu meningkatkan kepercayaan dirinya ketika bertemu dengan orang lain. Namun untuk mendapatkan gigi yang putih tidaklah mudah. Berus gigi dengan pemutih ubat gigi belum menjamin gigi yang bersih. Kita harus berdisplin menjaga kebersihan gigi dan mengawal pengambilan makanan atau minuman yang boleh mengubah warna gigi. Masalahnya adalah kebanyakan orang sekarang merasa malas menjaga kebersihan gigi dan hanya berminat dengan cara segera untuk mencapai kesempurnaan gigi yang diinginkan.

4 Faktor Gigi Tidak Putih


Kita semua mempunyai gigi yang putih pada masa kanak-kanak. Dan gigi kita akan memudar dan berubah warna di sebabkan oleh beberapa faktor.

1. Penuaan – Salah satu faktor gigi tidak kekal putih adalah disebabkan proses semulajadi manusia. Semua orang akan tua, dan termasuklah semua anggota badan anda. Gigi menjalani proses penuaan dengan warnanya yang luntur.

2. Minum minuman seperti kopi, teh, minuman bersoda dan minuman yang mempunyai kadar pewarna yang tinggi. Semua minuman tersebut mempunyai kandungan yang boleh memberikan kesan kepada warna gigi anda.

3. Merokok – Selain merosakkan badan dan paru-paru anda, merokok juga boleh menyebabkan warna gigi anda bertukar kepada warna kuning kehitam-hitaman.

4. Penjagaan gigi yang tidak baik – Sesetengah kes masalah gigi berwarna adalah disebabkan penjagaan yang tidak baik, sebagai contoh tidak menggosok gigi seperti yang dicadangkan oleh kementerian dan doktor gigi. Hal ini menyebabkan pembiakan bacteria di celah gigi dan memudarkan warna gigi.

2 Cara Untuk Memutihkan Gigi

Terdapat banyak cara untuk memutihkan gigi sekiranya anda mencari daripada internet. Namun, bukannya semua memberikan hasil yang memuaskan. Saya senaraikan 2 cara yang terbaik untuk memutihkan gigi, sepertimana yang disyorkan oleh doktor-doktor gigi yang diiktiraf.

1. Pelunturan (Bleaching)

Pelunturan adalah salah satu cara yang terbaik untuk memutihkan gigi anda. Doktor gigi juga mengesyorkan cara ini untuk mengembalikan warna gigi kepada warna putih.

Kaedah ini dilakukan dengan menyapu sejenis gel ataupun getah keatas lapisan gum gigi anda untuk melingdunginya daripada terdedah. Kemudian, produk pemutih akan disapukan keatas gigi anda dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu untuk mendakap seluruh permukaan gigi tersebut.

Produk pelunturan ini kebiasaannya mempunyai carbamide peroksida dan hidrogen peroksida sebagai bahan aktif. Apabila bahan-bahan tersebut di pecahkan, oksigen yang dibebaskan akan memasuki enamel gigi, lantas membuatkan warna gigi tersebut luntur dan mengembalikan warna putih tersebut.

Cara rawatan tersebut boleh diselesaikan dalam jangka masa tiga hingga empat minggu.

Sekiranya anda berminat dengan cara ini, anda perlu membuat perjumpaan dengan doktor gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali. Pada perjumpaan pertama, doktor gigi akan membuat ala-ala pendakap gigi. Setelah selesai, anda digalakkan untuk melakukannya di rumah.

Anda perlu menyapu produk tersebut secara berkala setiap hari selama 4 minggu.

Sesetengah produk yang baik memerlukan anda menyapu produk tersebut untuk beberapa jam sekali. Anda juga boleh menyapunya sebelum anda tidur. Dengan amalan ini, anda boleh mendapatkan hasil yang positif dalam hanya 1 minggu. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada situasi dan tahap tertentu.

2. Rawatan Laser

Cara ini juga dikenali sebagai “power whitening“. Kaedah ini agak mahal, dan kebanyakan yang menjalani rawatan ini adalah dari kalangan yang berada dan kaya. Hal ini kerana rawatan ini sangat berkesan dalam memutihkan gigi.

Semasa menjalani proses ini, gum gigi anda akan dilindungi dengan sejenis getah. Kemudian, gigi anda akan disapukan dengan produk pemutih. Satu pancaran laser akan dipancarkan keatas permukaan gigi tersebut dan akan memberikan tindak balas keatas bahan kimia di dalam produk permutih tersebut.

Pancaran tersebut boleh membantu mempercepatkan proses tindak balas pelunturan, maka warna putih pada gigi akan cepat diperolehi.

Kebanyakan doktor gigi bersetuju bahawa kaedah ini sangat efektif, namun bukan semua boleh menjalaninya, walaupun anda mampu membayarnya. Hal ini kerana doktor gigi perlu menjalani pemeriksaan pada gigi anda terlebih dahulu sebelum menjalani proses tersebut.

Ini untuk menentukan sama ada gigi anda sesuai atau tidak dengan rawatan ini. Secara kasar, rawatan laser hanya memerlukan jangka masa 1 jam sahaja.

Kesan pemutihan ini boleh bertahan selama 3 tahun, bergantung kepada situasi dan pemakanan pemilik. Pakar dokor gigi biasanya akan menasihati untuk tidak merokok, makan atau minum sesuatu yang boleh memberikan kesan perubahan warna pada gigi tersebut.

Sesetengah orang akan merasakan sedikit kesejukan pada gigi selepas rawatan. Namun, simptom ini biasanya akan hilang selepas beberapa hari.

Di atas adalah 2 cara yang paling efektif dalam mendapatkan gigi yang putih dan senyuman yang menawan. Walaupun pada hakikatnya rawatan tersebut akan melibatkan kos yang agak tinggi, ia masih di kira berbaloi.

Namun, jika anda tidak berminat dengan cara rawatan komersial, anda boleh mencuba petua dan remedi di rumah.

3 Remedi dan Petua Memutihkan Gigi

Berikut merupakan rawatan alternatif untuk memutihkan gigi. Cara-cara berikut adalah sesuai bagi semua untuk mengamalkannya, namun hasilnya mungkin tidak sebaik rawatan dari doktor gigi.

Antara kebaikan menggunakan remedi dan petua-petua ini adalah kerana ia tidak mendatangkan sebarang kesan negatif dan merbahaya. Lagipun, ia sangat murah jika dibandingkan dengan produk-produk komersial dan rawatan daripada doktor.

Dan berikut adalah beberapa remedi yang anda boleh amalkan dengan kos minimum:

1. Baking Soda

Pes baking soda, juga dikenali sebagai sodium bicarbonate boleh didapati di kedai ubat ataupun pasar raya yang berdekatan. Bahan aktif ini boleh menghilangkan kesan warna ke atas gigi, lantas mengembalikan warna putih gigi seperti sedia kala.

Bahan ini adalah beralkali, maka ia boleh neutralkan mulut anda yang berasid (sekiranya anda selalu makan makanan yang masam dan minum kopi).

Apa yang saya perlukan?
Beberapa sudu teh baking soda
Air ataupun jus lemon/limau
Berus gigi
.
Arahan:

Campurkan baking soda yang anda sediakan tadi dengan jumlah air ataupu jus lemon/limau yang mencukupi untuk menjadikannya satu pes. Kemudian, hilangkan lebihan air liur dari mulut dan gigi anda, lakukannya dengan tisu.

Letakkan pes yang sesuai pada berus gigi anda dan terus memberus gigi dengan pes tersebut. Biarkan pes tersebut selama 1 minit (jika menggunakan jus) atau 3 minit (jika menggunakan air), kemudian bilas.

2. Minyak Kelapa

Remedi ini sudah berkurun lamanya diamalkan di seluruh dunia. Mungkin pada zaman sekarang merasakan perkara ini sesuatu yang pelik, kan? Namun, kebanyakan yang pernah mencubanya mendapat hasil yang positif.

Minyak kelapa mempunyai asid laurik yang mana boleh membunuh kuman penyebab plak pada gigi. Plak tersebut adalah satu sebab gigi anda bertukar kepada warna kuning. Kaedah ini juga boleh menyihatkan gusi dan menyegarkan nafas.

Apa yang saya perlukan?
Satu sudu teh minyak kelapa

Arahan

Pada waktu pagi, sebelum anda memberus gigi, ambil satu sudu teh minyak kelapa. Kemudian, sapukannya di atas gigi anda. Gunakan lidah anda untuk menyapu pada bahagian belakang dan bahagian yan sukar dicapai. Biarkan selama 10-15 minit dan kemudian ludahkannya. Bilas dengan air bersih, dan kemudian berus gigi anda seperti biasa.

3. Kulit Buah Oren

Apabila anda mengupas buah oren, anda akan mendapati terdapat bahagian dalamnya yang berwarna putih. Kebiasaannya orang akan membuangnya, kerana tidak tahu bahawa bahagian tersebut boleh memutihkan gigi anda secara semula jadi.

Apa yang saya perlu?

– Buah oren yang belum dikupas

Arahan

Kupaskan buah oren tersebut, dan ambil kulitnya. Jadikannya saiznya kecil dan sesuai untuk saiz mulut anda. Kemudian, gunakan bahagian putih kulit tersebut dengan menyapunya pada gigi anda. Anda digalakkan untuk mengulangi proses ini secara berkala untuk mendapat hasil yang positif.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda