"Aku Terkencing Tengah Malam Akibat Trauma" - Kata Bekas Askar Israel Mendakwa Hidupnya Dihantui


"Aku membunuh untuk kamu, dengan dua tangan ni! Kamu kata, 'Pengganas dengan darah di tangan mereka?' Aku membunuh lebih dari 40 orang untuk kamu! Aku pembunuh!"

Kenyataan ini dibuat oleh Ido Gal Razon, seorang bekas tentera Israel menerusi di dalam satu video ketika bercakap kepada jawatankuasa Parlimen Israel di Knesset pada 11 November 2015.

Namun, Razon tidak menyatakan penyesalan terhadap pembunuhan tetapi mengadu bahawa dia tidak menerima tawaran rawatan selepas kesan psikiatri dari pembunuhan yang dilakukan untuk Israel.


"Tak ada siapa yang berikan aku terapi, jadi aku komplain!.

"Aku terkencing di tengah-tengah malam akibat trauma.

"Dia datang kepadaku dan berkata : 'Kenapa kau bunuh aku? Kenapa kau bunuh aku?".

Namun tidak jelas siapa yang menghantui Razon di tengah malam tapi dia mungkin merujuk kepada orang-orang yang telah dibunuhnya.

Razon berkata dia mendapat kecederaan semasa dia menjadi salah seorang anggota batalion ke-51 Golani Briged tentera Israel ketika dia mengambil bahagian dalam Operasi Clear sebagai Wine - serangan ke atas rakyat Palestin di tengah Semenanjung Gaza pada 20 Disember 2007. 

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda