Alhamdulillah! 6 Tanda-Tanda Allah Menerima Taubat Seorang Hamba. Share Supaya Ramai Lagi Tahu..

Kasih sayang Allah begitu luas dan tak terhingga. Bahkan Allah berani menggantikan dosa yang kita telah lakukan dengan kebaikan jika kita mahu bertaubat dan kembali memenuhi segala perintahNya.

Oleh yang demikian, ketika kita berbuat salah sekecil apapun, jangan ragu untuk bertaubat dan memohon ampun kepadaNya. Jangan pula berpikir saat dosa kita sangat besar dan menggunung, Allah enggan untuk mengampuni. Pemikiran tersebut salah besar kerana justeru ketika kita berjalan mendekati keampunanNya, Allah akan dua kali ganda dalam mendekati hambaNya.
Seperti Inilah 6 Tanda Allah Menerima Taubat Seorang Hamba
Seseorang yang telah Allah terima taubatnya tentu akan memiliki beberapa ciri dimana ciri tersebut menunjukkan sesuatu yang mengarah kepada kebaikan dan menjurus pada keredhaan Allah. Berikut adalah tanda-tandanya.

1. Hidup Akan Jauh Dari Perbuatan Maksiat

Benarlah firman Allah yang mengatakan bahwa Ia akan menggantikan keburukan dengan kebaikan jika hamba tersebut mahu bertaubat. Ketika kita telah melakukan taubat dan menyesali perbuatan dosa tersebut, hati ini akan Allah tunjuk ke arah kebaikan dan dijauhkan dari hal yang berupa maksiat.

Hari-harinya akan lebih tenang dan damai kerana selalu dilindungi oleh Allah dari perbuatan yang membangkang perintahNya.


2. Perasaan Bahagia Dan Selalu Ingin Dekat

Bagi orang yang telah Allah terima taubatnya, maka hatinya akan merasakan sebuah kebahagiaan ketika melakukan sebuah ibadah ataupun amal kebaikan lainnya. Ia pun akan selalu ingin berada berdua dengan Allah dalam setiap solat dan zikirnya.

Sehingga jangan heran ketika melihat orang yang telah Allah terima taubatnya kerana ia akan senang berlama-lama dalam zikir dan solatnya. Hasilnya tutur kata dan perilakunya akan jauh berbeza ketika dia sedang melaksanakan maksiat kepada Allah dahulu.

3. Dekat Dengan Orang Soleh

Orang yang telah melakukan taubatan nasuha dan diterima taubatnya, akan mendapatkan petunjuk Allah dengan  dijauhkan dari para ahli maksiat.

Dia pun akan Allah tunjukkan sahabat-sahabat baru yang sama-sama taat dan menjalankan ibadah dengan penuh kesungguhan

4. Selalu Kurang Puas Dalam Beramal

Seseorang yang telah mendapatkan tiket keredhaan Allah atas taubatnya akan merasakan bahawa harta yang diperoleh sudah lebih dari cukup. Justeru ia akan merasa kurang puas terhadap amalan soleh setiap harinya. Ia selalu berpikir bahawa untuk akhirat, ia harus mengumpulkan amal soleh sebanyak-banyaknya.

5. Sibuk Dengan Urusan Akhirat

Orang yang dikatakan telah menerima pengampunan dari Allah akan memiliki hati dan fikiran yang selalu dipenuhi dengan perbuatan yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah.

Setiap langkahnya hari demi hari selalu berlandaskan niat kerana Allah. Ibadah yang sebelumnya tidak pernah dilakukan pun akan dilakukannya dengan penuh kesungguhan. Tak heran jika hari-harinya selalu diisi dengan kegiatan untuk kampung akhirat.

6. Lisan Yang Terjaga

Menyesali perbuatan dan tidak akan melakukannya lagi merupakan ciri orang telah melakukan taubat yang sebenar-benarnya. Ia pun akan menjaga setiap perkataan agar tidak mengembalikannya kepada kesalahan dan kemaksiatan.

Jiwa yang telah dilingkupi dengan rasa bersalah dan merasa hina akan membuat lidahnya tak akan pernah kering dari melafadzkan ampunan serta mengagungkan Allah. Sehingga ia pun akan lebih banyak diam dari berkata yang sia-sia dan lebih memilih untuk berkhalwat dengan Allah dalam zikir dan ibadahnya.

Semoga ciri-ciri diterimanya taubat oleh Allah tersebut boleh terjadi pula kepada kita yang kini tengah berusaha memperbaiki diri dan memohon ampun atas dosa yang telah dilakukan. Dan yakinlah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!