Anggota Polis Ditahan Selepas Cuba Potong Barisan di ATM, Rupa-Rupanya 'Orang Awam' Yang Cuba Dipotong Pun Anggota Polis

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis ditahan kerana didakwa menyalahguna kuasa selepas cuba memotong barisan ketika beratur di mesin ATM di sebuah bank di publika di sini dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada Sabtu lalu, lapor akhbar The Sun.
Menurut The Sun, suspek yang berada di belakang barisan mendekati seorang orang awam yang sedang beratur di hadapan dan mendesak supaya dibenarkan menggunakan mesin ATM terlebih dahulu.

Sumber The Sun memberitahu suspek tidak mengetahui orang awam yang didekatinya itu adalah seorang anggota polis berpangkat tinggi dari negeri lain.

Suspek mendekati individu disangka orang awam itu dan memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dengan menunjukkan lencananya.

Polis lebih berpangkat itu kemudian mengenalkan dirinya dan meminta suspek menunjukkan kad kuasa,” kata sumber dipetik daripada akhbar itu. 

Suspek kemudian meninggikan suara dan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek meninggalkan tempat itu.

Menurut akhbar itu, pegawai polis berkenaan menangkap suspek beberapa minit kemudian, di depan kedai makan berhampiran dan sekali lagi meminta kad kuasanya.

Kali ini, suspek mencabar pegawai itu dengan mendakwa dia ada kenal ‘orang besar’ dan tidak berminat untuk bergaduh dengan pegawai berkenaan,” kata sumber itu, sambil menambah suspek lari lagi selepas konfrontasi itu.

Suspek kemudian ditahan sekali lagi oleh polis bantuan yang dimaklumkan pegawai kanan polis berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan merupakan konstable berusia 31 tahun dan telah berkhidmat sebagai anggota polis sejak 2012. Dia ditempatkan di sebuah balai polis di sini.

Difahamkan butiran kes itu diserahkan pada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. Seorang pegawai polis kanan mengesahkan kejadian itu.

Sumber: The SunFMT
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda