Dalam Masa Hanya 15 Minit, 3 Bahan-bahan Ini Akan Menghilangkan Misai & Bulu Halus Pada Wajah Anda!

Sesetengah perempuan mungkin mempunyai hormon lelaki yang berlebihan dalam badan mereka. Natijahnya, dia mungkin ada masalah di mana bulu-bulu atau rerambut halus pada wajah agak ketara.
Apa sekalipun, jangan sekali-kali dicukur rerambut atau bulu-bulu halus kat muka tu sebab ia akan menjadi bertambah buruk. Err.. bukan wajah menjadi buruk.. maksud kami bulu-bulu tu akan tumbuh dengan lebih banyak dan ianya lebih kasar.

Rawatan laser dan krim penyingkiran rambut komersil boleh memberikan keputusan yang baik tetapi ramai yang mengalami kesan ruam serta kemerahan, disebabkan sensitiviti kulit muka terhadap sebatian kimia yang digunakan di dalam proses rawatan laser. Itulah sebabnya mengapa ia adalah lebih baik untuk cuba satu pendekatan yang lebih semula jadi.

Dalam artikel ini kita akan berkongsi dengan anda resipi yang semulajadi yang akan membuang rambut wajah anda dalam masa kurang daripada 15 minit dan meninggalkan kulit anda licin dan berseri.


Resipi ini telah digunakan di timur tengah selama berabad-abad dan ia bukan sahaja menghilangkan rambut tetapi ia juga menjadikan kulit anda kelihatan lebih sihat, cerah dan licin. Semua orang yang pernah cuba petua ini berkata bahawa mereka sangat kagum dengan hasil yang diperolehi. Resipi ini adalah kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang melakukan keajaiban bagi kulit anda.

BAHAN-BAHAN:
1 sudu gula.
1 sudu putih telur.
1 sudu tepung jagung.

Cara penyediaannya pula begini:

Memula masukkan semua bahan-bahan tu dalam blender; dan kisar hingga sebati. Bila dah sebati, adunan bahan-bahan itu akan kelihatan seperti benda melekit.

Bila dah tersedia adunan tu, cuci muka dengan bersih dan kemudian lap dan pastikan wajah korang betul-betul kering.

Sapukan adunan tersebut pada seluruh muka. Kendian biarkan ia mengering macam kita pakai facial mask tu. Setelah kering barulah ditarik perlahan-lahan untuk menanggalkan topeng adunan tu dan bolehlah dibilas muka dengan air suam sehingga bersih.

Cuba amalkan dua atau tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diharapkan. Anda akan perasan bulu hilang secara beransur-ansur sehingga benar-benar pergi selama-lamanya.

Sila cuba petua ini dan beritahu kami apa yang anda fikirkan, kami pasti anda tidak akan kecewa dengan hasilnya. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, berunding dengan pakar dermatologi sebelum mengenakan sebarang petua buatan sendiri, anda tidak akan mahu untuk membuat perkara-perkara yang buruk. 

Jika anda mempunyai kulit normal, anda boleh cuba tampal pada tampalan kecil kulit pada lengan anda semata-mata untuk memastikan ia tidak menyebabkan alergi pada kulit anda.
loading...

0 comment... add one now