Hanya Kerana Sebiji Apel, Lelaki Ini Dipaksa Kahwin Dengan Wanita Buta! Tapi Akhirnya...


DIA bernama Tsabit bin Ibrahim. Ketika itu ia sedang melakukan perjalanan di pinggiran kota Kufah. Matahari bersinar sangat terik. Cuaca panas membuat tekaknya kering sehingga haus pun begitu terasa.

Tanpa sengaja dia melihat sebuah apel ranum berwarna merah menyala bersinar di hadapannya. Tanpa fikir panjang, dia segera mengambil dan menikmati buah merah tersebut untuk menghilangkan dahaganya.

Belum habis buah itu di tangannya, ia segera tersedar bahawa apel itu bukan miliknya, “Astagfirullah, saya memakan yang bukan hakku. Siapakah pemilik apel ini?” getar hati Tsabit.

Perasaan gelisah menghantuinya. Dicarinya pohon apel yang tumbuh di sekitar. Ia sangat berharap agar si pemilik apel mahu merelakan apel yang ada di tangannya itu untuk dimakan.

Setelah menyelusiri jalanan itu, akhirnya tidak jauh dari tempatnya sederet pohon apel dengan buahnya yang merekah kukuh berdiri di sebuah kebun yang luas. Tsabit melihat seorang lelaki di dalam kebun tersebut, “Mungkin dia pemilik apel ini,” fikir Tsabit.

Ia pun menghampirinya dan mengucapkan salam, lalu bertanya, “Apakah engkau pemilik kebun ini? Saya telah memakan apel anda, untuk itu saya mohon maaf. Sudilah kiranya engkau merelakan apel ini agar halal untuk kumakan,” pinta Tsabit.

Lelaki tersebut berkata, “Saya bukan pemilik apel itu. Saya hanyalah seorang penjaga kebun di sini.”

“Baiklah, jika demikian di manakah rumah majikanmu?”

“Memerlukan sehari semalam untuk tiba di sana. Perjalanannya pun tidak mudah. Mengapa tidak kau makan saja apel itu? Lagipun, dia tidak akan mempedulikan sebiji apel itu kerana hasil kebunnya begitu melimpah ruah!” usul si penjaga kebun.

“Sejauh apa pun rumahnya, saya harus tiba di sana meskipun harus melalui berbagai rintangan. Sebahagian apel ini sudah saya telan, ertinya di dalam tubuh ini terdapat makanan yang tidak halal bagiku kerana belum meminta izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah SAW. bersabda, ‘Setiap daging yang tumbuh dari makanan haram maka api nerakalah yang layak baginya’ ” ujar Tsabit tegas.

Melihat keteguhan hati Tsabit, si penjaga kebun akhirnya memberi tahu arah perjalanan menuju rumah majikannya. Tsabit berterima kasih atas kesediaan penjaga kebun memberi tahu alamat majikannya. Tanpa buang waktu, Tsabit segera bergerak menuju rumah pemilik apel.

Perjalanan mendaki dan berbatu ia lalui, sungai pun ia seberangi agar ia dapat bertemu dengan pemilik apel. Begitu risaunya ia akan peringatan dari Rasulullah SAW.

Setelah menempuh perjalanan berliku, tibalah ia di depan rumah pemilik apel. Ia mengetuk pintu rumah sambil mengucapkan salam. Seorang lelaki tua membukakan pintu untuknya.

“Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh, ada apa anak muda?” tanyanya. Rupanya dialah pemilik kebun itu.

“Wahai Tuan, kedatangan saya ke sini untuk meminta keikhlasanmu atas buah apel yang terlanjur saya makan. Semoga engkau memaafkanku,” Tsabit menjelaskan apa yang merisaukannya kepada si pemilik kebun.

Pemilik kebun menyemak dengan saksama. Lalu ia berkata, “Saya tidak akan menghalalkannya kecuali dengan satu syarat!”

“Apakah itu, Tuan?”

“Kamu harus menikahi puteriku dan saya akan menghalalkan apel itu untukmu.”

Tentu saja Tsabit terkejut dengan syarat itu. Haruskah ia menebus kesalahannya dengan pernikahan? Belum habis keterkejutan Tsabit, lelaki tua pemilik apel itu menyambung, “Puteriku bisu, tuli, buta, dan lumpuh. Bagaimana? Apakah kamu sanggup menikahinya?”

Tsabit makin terkejut. Dia harus menikahi perempuan cacat yang akan mendampinginya seumur hidup. Namun, dia tidak memiliki pilihan lain. Jika jalan ini dapat membuka pintu keampunan Allah SWT, dia harus menjalaninya dengan ikhlas. Tsabit pun menyanggupinya.

Pernikahan pun diselenggarakan. Mempelai wanita menanti di dalam rumah saat akad nikah berlangsung. Selesai dilakukan akad nikah, Tsabit dipersilakan oleh si mertua untuk menemui puterinya yang kini telah sah menjadi isteri Tsabit.

Ia mengetuk kamar yang ditunjuk sambil mengucapkan salam. Ketika Tsabit hendak membuka pintu kamar, terdengar suara wanita menjawab salamnya. Dia tidak masuk ke dalam kamar itu kerana yang dia tahu isterinya bisu, tuli, dan buta, “Oh, maaf, saya salah kamar!” ujar Tsabit.

“Kau tidak salah. Saya isterimu yang sah!” kata wanita di dalam kamar itu, “Silakan masuk, wahai suamiku!”

Tsabit benar-benar bingung dengan semua kejadian yang belakangan ini dia hadapi. Rasanya mustahil jika si pemilik kebun berdusta tentang puterinya. Apa untungnya bagi dia?

Ketika Tsabit masih berdiri teguh di depan kamar, tiba-tiba pintu kamar terbuka. Yang membuka adalah seorang wanita cantik yang sihat walafiat tanpa cacat seperti yang dikatakan mertuanya. Dia makin yakin bahawa ini bukanlah isterinya.

Tsabit bertanya kepada wanita yang berdiri di hadapannya itu, “Jika kau benar isteriku, ayahmu berkata bahewa kau buta. Tetapi, mengapa kamu boleh melihat?”

“Ayahku benar, mataku buta kerana tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah,” jawab puteri pemilik kebun buah itu.

“Lalu, mengapa ayahmu mengatakan kamu tuli? Padahal, kau dapat mendengar salamku!” tanya Tsabit kembali.

“Itu juga benar, beliau tahu bahawa saya tidak pernah mahu mendengar berita atau cerita yang tidak diredhai Allah SWT,” jelas si isteri.

“Kau pun tidak bisu seperti yang dikatakan ayahmu? Apa ertinya?”

“Saya bisu kerana tidak pernah mengatakan dusta dan segala sesuatu yang tercela. Saya banyak menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah.”

“Terakhir, apa maksud ayahmu mengatakan kau lumpuh?” tanya Tsabit lagi.

“Itu keraena saya tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang dibenci Allah.”

Betapa bahagianya Tsabit bahawa yang ia nikahi adalah seorang wanita solehah yang sempurna fisiknya dan cantik bak purnama di kegelapan malam. Dari hasil pernikahan mereka lahirlah ulama yang menjadi imam terbesar bagi umat Islam, iaitu Imam Abu Hanifah An-Nu’man bin Tsabit.

Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah berpesan dalam sabdanya, “Berjanjilah kepadaku enam hal dan saya akan menjanjikan engkau syurga. Bicaralah jujur (benar), tepati janjimu, penuhi kepercayaanmu, jaga kesucianmu, jangan melihat yang haram, dan hindarilah apa yang dilarang.” (HR Bukhari, Muslim, dan Abu Daud).
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda