Inilah Pahala Yang Lagi Besar Daripada Solat Yang Rasulullah S.A.W Kongsikan Dengan Sahabat. Share Dengan Rakan Yang Lain..


Selama ini ramai umat Islam yang menganggap bahwa amalan yang paling besar ganjaran pahalanya adalah amalan – amalan wajib seperti Solat, Puasa, dan juga Zakat. Padahal, anggapan ini tidak benar adanya. 

Di atas tiga amalan wajib tersebut ternyata masih ada amalan – amalan lainnya yang memiliki ganjaran pahala yang jauh lebih besar. Jadi mesti ramai nak tahu amalan apakah yang nilai ganjaran pahalanya jauh lebih besar dibandingkan dengan amalan – amalan wajib?

Amalan yang Lebih Utama dari Solat, Puasa, dan Sedekah
Inilah Pahala Yang Lagi Besar Daripada Solat Yang Rasulullah S.A.W Kongsikan Dengan Sahabat. Share Dengan Rakan Yang Lain..

Dalam sebuah riwayat, dikisahkan oleh salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Abu Darda r.a pernah berkata kepada para sahabatnya yang lain “Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang suatu amalan yang lebih utama dibandingkan dengan sedekah dan menjalankan ibadah puasa?”. 

Mendengar perkataan salah seorang sahabat nabi Nabi tersebut, dengan gembira para sahabat langsung serentak mengatakan bahwa mereka mhau mengetahui perihal apa yang nilai nya jauh lebih utama dari ibadah Puasa dan juga Sedekah.

Beberapa saat kemudian Abu Darda r.a segera melanjutkan perkataannya “iaitu mendamaikan di antara yang tengah berselisih kerana kebencian merupakan penghalang dari mendapatkan pahala.”

Mendamaikan Orang Yang Berselisih Merupakan Amalan yang Lebih Utama Dari Solat

Perkataan Abu Darda r.a di atas juga dilandasi oleh salah satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi yang ertinya “Mahukah aku beritahukan kepada kalian suatu amalan yang lebih utama dari darjat mereka yang berpuasa, solat, dan bersedekah?”

Segera para sahabat pun langsung menjawab “Tentu wahai Rasulullah.”

Rasul pun segera melanjutkan perkataannya “ (ialah) mendamaikan seseorang yang berselisih. kerana sesungguhnya kerosakan dari perselisihan adalah terhalanginya seseorang dari mendapatkan pahala.”

Selama ini, manusia mengganggap sedekah merupakan aktiviti yang sangat mulia dan juga utama untuk dilakukan. Ketika umat Islam bersedekah dengan tulus dan ikhlas, maka ia akan mendapatkan ganjaran pahala yang sangat besar iaitu sekitar 700 kali lipat dari apa yang disedekahkannya. Tidak hanya itu, orang yang rajin bersedekah juga telah dijamin keselamatannya dari siksa api neraka yang sangat menyiksa. 

Bahkan, faedah bersedekah sering kali juga sudah kita rasakan ketika kita masih hidup iaitu berupa kemudahan dan kelancaran sumber rezeki, kesihatan tubuh, hilangnya berbagai macam penyakit yang melekat pada tubuh, dan berbagai macam faedah yang lainnya.

Tidak hanya itu, selama ini manusia juga menganggap jika puasa merupakan aktiviti ibadah yang sangat utama kerana dapat melatih kesabaran dan juga hawa nafsu. Hal ini memang benar adanya dan banyak didukung oleh hadis – hadis shahi yang menyatakan jika puasa dapat membuat seseorang terbebas dari api neraka yang ditenggarai oleh hawa nafsu dunia. bahkan, dalam hadits yang lainnya diterangkan juga bahwa berpuasa dapat membuat tubuh manusia menjadi lebih sihat baik di luar maupun di dalam.

Padahal, kenyataannya, di antara dua aktiviti ibadah tersebut, masih ada aktiviti ibadah atau pun amalan lainnya yang jauh lebih utama untuk dikerjakan iaitu mendamaikan setiap perselisihan yang terjadi di sekitar kita. Aktiviti perselisihan akan mendatangkan kebencian, dan kebencian akan menghapus setiap amal perbuatan baik yang telah kita lakukan. Sehingga ketika perselisihan masih berlangsung, maka setiap amalan yang kita lakukan tidak akan bernilai sama sekali.

Itulah amalan yang jauh lebih utama dibandingkan dengan amalan solat, puasa, dan sedekah. Semoga bermanfaat ya!Jika anda rasa maklumat diatas turut berguna kepada mereka yang memerlukannya, sila bantu kami menyebarkannya dengan klik pada simbol g+1 dibawah atau sebarkan dilaman-laman sosial milik anda. Sekian, terima kasih.
loading...

0 comment... add one now