Lihat Cara Pemilik Rumah Ini Mengusir Penyewa Bermasalah, Penuh Berhemah!

Sebagai pemilik rumah sudah tentu memeningkan kepada apabila terpaksa berhadapan dengan masalah penyewa rumah yang agak culas dalam membayar sewa. Namun begitu, tidak semua orang hidup tanpa sebarang masalah kewangan.
Lihat bagaimana seorang pakar hartanah yang dikenali sebagai Abang Ensem ini mengusir penyewa rumah miliknya. Tiada sebarang cercaan, hinaan. Namun penuh dengan hikmah.

1. Selama aku bergelar Tuan Rumah (Landlord), terdapat 2 insiden aku mengusir penyewa yang bermasalah melunaskan sewa bulanan mereka.

2. Seorang telah diusir dengan ayat sarkastik (rujuk buku pertama aku), manakala seorang lagi telah aku keluarkan secara berhemah.


3. Kenapa berhemah?

4. Kerana si penyewa bukanlah sengaja untuk tidak membayar, sebaliknya dengan desakan hidup berkeluarga, ditambah pula dengan keadaan anaknya yang kurang sempurna. Biar pun aku telah mengurangkan kadar sewa mengikut jumlah yang beliau sendiri (si penyewa) tetapkan tetapi beliau masih tidak berkemampuan.

5. Sayang sekali kerana ketika itu aku baru sahaja bermula, jika sekarang, pasti unit itu aku jadikan wakaf kediaman untuk beliau.

6. Jadi, apakah yang aku lakukan?

7. Mencari unit sewa yang lain mengikut kemampuan mereka, membayarkan deposit ‘on behalf’ si penyewa. Menguruskan soal pengangkutan bagi memindahkan barang mereka sekeluarga dan seterusnya mengucapkan selamat jalan kepada mereka.

8. Nampak seakan ada kerugian di situ, tetapi siapa tahu hasil dari bantuan tersebut Allah gantikan dengan penyewa baru yang tidak pernah culas pembayaran sewanya sehingga kini.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda