Peniaga di Thailand tampal notis tak mahu terima Ringgit Malaysia


TERSEBAR notis yang dikatakan ditampal oleh peniaga di premis perniagaan di Thailand yang tak mahu terima matawang Ringgit Malaysia difahamkan kerana nilainya yang tidak stabil sejak kebelakangan ini.

Notis tersebut ditulis dan ditampal dalam dua bahasa Inggeris dan Thailand. 

"We are sorry that from Nov 29, 2016, we will not be able to accept the Malaysian Ringgit." tulis notis itu.

Difahamkan para peniaga tidak sanggup menanggung kerugian jika menerima wang Ringgit Malaysia, RM dalam urusniaga perniagaan mereka seperti yang diamalkan sejak sekian lama sebelum ini.

Jika pelanggan tetap mahu gunakan nilai RM dalam urusniaga di Thailand, mereka meletakkan nilai yang jauh lebih rendah dari nilai terkini yang sepatutnya.

Jika anda pernah membeli belah di Thailand sebelum ini, tentu anda sedar bahawa para peniaga di sana sebelum ini tidak kisah, malah lebih suka jika anda membayar harga barangan yang dibeli gunakan matawang RM. Pada masa itu nilai RM stabil sebab itu mereka tidak kisah.

Tapi kebelakangan ini, nilai RM mengalami penyusutan yang ketara dan drastik berbanding USD menyebabkan para peniaga di sana tak sanggup tanggung kerugian jika berurus niaga gunakan matawang RM lagi. 

Perkara ini mudah difahami, kerana tentu sekali peniaga tidak mahu menyimpan matawang yang bukan sahaja tidak stabil, malah sedang mengalami penyusutan yang ketara dan berterusan.

Jika hari ini RM100 bersamaan dengan 80.00 Baht Thailand, minggu depan RM100 mungkin bersamaan dengan 70.00 Bath Thailand. Ini baru nilai RM100, kalau lebih besar nilai RM yang disimpan tentu lebih banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda