Resepi Makanan Kucing Terbaik Yang Mudah Dan Protein Tinggi


Wet Food atau makanan basah untuk kucing boleh di dapati di pasaran dalam bentuk paket atau tin. Pelbagai jenama menawarkan pelbagai perasa untuk kucing anda dari kecil hingga dewasa. Tahukah anda yang sekarang ramai yang menghasilkan wet food sendiri yang diyakini halal dan bersih? Kali ini kami kongsikan membuat wet food dengan menggunakan bahan yang ada disekitar kita. 

Mula mula kita perlu tahu jenis makanan yang boleh diberi makan untuk kucing kita dan yang tidak boleh dimakan.

Makanan yang baik untuk dijadikan makanan kucing:
Protein (Daging atau ikan)
Asid Amino seperti tauria dan arginina (terdapat dalam daging dan ikan)
Asid lemak
Vitamin
Mineral
Air

Makanan yang JANGAN diberi kepada kucing:
Coklat
Bawang
Tomato dan kentang yang tidak dimasak
Produk susu dan susu lembu(tidak sesuai untuk kucing yang akan mengakibatkan cirit birit)
Yis
Kismis dan Anggur
Alkohol dan Kafein
Bawang Putih dan Daun Bawang
Xylitol (lebih kurang macam chewgum)

Bagaimana cara untuk menyediakan makanan kucing secara homemade yang mudah dan berkhasiat ? Ikuti perkongsian tentang cara buat makanan kucing yang berkhasiat dan menjimatkan :

Resepi Makanan Kucing Terbaik Yang Mudah Dan Protein Tinggi

Salah satu resepi terbaik khas buat kucing anda. Sediakan bahan-bahan berikut :

1) Sekor ikan kayu atau tongkol atau mamu
2) Tiga batang lobak
3) Sebungkus agar-agar

Kaedah Masak Makanan Kucing Yang Terbaik Kaya Protein

1. Rebus ikan dan lobak secara berasingan
2. Buang tulang ikan dan kemudian kisar.
3. Masak agar-agar 
4. Apabila sudah mendidih, masukan ikan serta lobak yang telah dikisar tadi.
5. Biarkan sejuk atau beku 
6. Siap untuk dihidang kepada kucing peliharaan anda

Semoga perkongsian tentang resipi dan cara membuat makanan kucing yang tinggi kandungan protein dan mudah dapat memberi sedikit manfaat kepada anda. Jangan lupa bantu kami sebarkan maklumat ini dengan yang lain. Terima kasih.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!