Rumah Ini Sudah Berusia 80 Tahun, Ia Terletak Di Tengah Bandar Kuala Lumpur


Di tengah kesibukan ibu kota, di celah bangunan konkrit, terletaknya satu rumah tradisional melayu yang sudah 8 dekad berdiri teguh. Rumah tinggalan pusaka yang dahulunya merupakan persekitaran kampung, pandangan diluar rumah cuma sawah padi, rimbunan-rimbunan hijau.

Namun zaman berlalu dengan pantas, dunia semakin maju, makin banyak bangunan-bangunan tinggi mula dibina. Kini rumah tersebut mula dikelilingi dengan kehidupan metropolitan namun makcik Normah yang sudah berusia lewat 76 tahun itu tidak pernah menganggap perubahan zaman itu menganggu segala kenangan manis serta ingatan berpuluh tahun yang lepas.
rumahpusaka1
rumahpusaka5rumahpusaka3
rumahpusaka4
Di sekitar rumah ini dahulunya sebuah perkampungan yang biasa. Jalan di depan rumah ini cuma laluan tanah yang berkerikil. Rumah pula dibina sebelah-menyebelah. Biasanya setiap penghuni rumah-rumah itu mempunyai pertalian keluarga,”

Walaupun terhimpit di tengah hiruk pikuk kota, mak cik Normah tidak pernah memasang niat untuk menjual rumah itu, walaupun pernah ditawar lebih dari 2 juta oleh agen yang ingin membeli rumah tersebut.

Ada banyak sebab mengapa rumah ini begitu istimewa. Selain menjadi warisan pusaka keluarga kami, saya tidak menghadapi banyak masalah selama tinggal di sini. Kalau anak cucu jauh, ada yang dekat akan bertanya khabar,”
rumahpusaka2
Menurut makcik Normah, rumah tersebut dibina pada tahun 1926 oleh datuknya, dan merupakan tempat tinggal beliau sejak tahun 1932. Cuba korang kira sudah berapa tahun usia rumah pusaka ini.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda