“Setiap Kali Ada Orang Beli Burgernya, Dia Akan Letak Tangan Di Dada Tanda Bersyukur” – Respect!


Tak susah sebenarnya nak cari rezeki dan sesuap nasi, cuma kena perlu sedikit usaha dan tawakal. Semua ni perlu dilakukan untuk menambah wang pendapatan dan bagi membaiki taraf hidup masing-masing.

Satu perkongsian di laman sosial Facebook Mohd Rasidi Rahim mengisahkan tentang seorang pemuda yang menjual burger di tepi jalan, menarik perhatian orang ramai, malah ramai memuji pemuda ini.
Ini adalah kerana, pemuda ini sangat bersopan dan mulutnya tidak pernah lekang daripada menyebut perkataan yang baik-baik. Malah, setiap kali ada orang membeli di gerainya, pasti dia akan meletakkan tangan di dada dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’.

Tambah Rasidi lagi, burger yang dijual pemuda ini nyata lebih sedap daripada biasa – mungkin kerana dibuat dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Pemuda tersebut juga mempunyai ijazah dalam kejuruteraan dari Malaysia France Institute (MFI).

Gerainya yang terletak di depan Pasar Borong Peserai, Batu Pahat, Johor dibuka setiap hari dari jam 6 petang, hingga lewat malam, kecuali pada hari Khamis.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda