Terkini Polis Dedah Punca Noor Ayrill LARI DARI RUMAH. Jangan TERKEJUT !!!

Terkini Polis Dedah Punca Noor Ayrill LARI DARI RUMAH. Jangan TERKEJUT !!! | Seronok mengikuti kehidupan gelandangan bersama rakan-rakan di kawasan Chow Kit selain takut dimarahi ayahnya antara punca kanak-kanak lelaki Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, enggan pulang ke rumahnya.
Terkini Polis Dedah Punca Noor Ayrill LARI DARI RUMAH. Jangan TERKEJUT !!!
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata perkara itu berdasarkan rakaman keterangan percakapan bapa kanak-kanak berumur 10 tahun itu, Noor Shahril Yusmarizal, 39, dan ibunya Siti Rohayu Yaacob, 37.
“Siasatan mendapati kanak-kanak itu pergi ke Pudu menaiki bas Rapid KL untuk berjumpa dengan rakannya dikenali sebagai Ari berumur 13 tahun di Chow Kit sebelum menetap di rumah gelandangan selama beberapa hari dan enggan pulang ke rumah kerana berasa seronok menerima makanan percuma daripada orang awam setiap malam.
“Bagaimanapun, Noor Ayrill yang kehabisan wang menaiki bas percuma Go-KL untuk ke rumah ibunya, namun dia terlupa jalan ke rumah ibunya membuatkan dia hilang arah sehingga ditemui semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Chong berkata ibu bapa Noor Ayrill Aqasha datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras memberikan keterangan berhubung perkara ini.
Menurut Chong, Noor Ayrill tidak mahu pulang ke rumah kerana risau dimarahi ayahnya maka dia membuat keputusan untuk menetap di kawasan gelandangan selama beberapa hari.
“Kanak-kanak ini akan pulang dan tinggal bersama ibunya hasil perbincangan kedua ibu bapanya yang berjanji tidak mengabaikan anak mereka pada masa depan,” katanya.
Noor Ayrill dilaporkan hilang pada 31 Oktober lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri. Kehilangannya tersebar di laman sosial sejak Sabtu selepas ibu bapanya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka selain memaklumkan kepada polis.
Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui bersendirian oleh abang rakannya, Mohd Ismail Abdullah, 15, di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang, kira-kira 7.30 malam semalam dalam keadaan lemah. KREDIT FREE MALAYSIA TODAY.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda