Tip Keselamatan Elak Kemalangan Semasa Menggunakan Eskalator Atau Tangga Bergerak. Ibu Bapa Kena Baca!


ISU keselamatan penggunaan eskalator bukan sesuatu yang baru untuk diperkatakan kerana saban tahun pelbagai kisah ngeri membabitkan penggunaan tangga bergerak itu terutama melibatkan kanak-kanak dilaporkan berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Sikap tidak berhati-hati atau kecuaian pengguna di samping masalah teknikal dikatakan menjadi punca yang menyebabkan sesuatu kemalangan itu berlaku.
Selain itu, turut diperkatakan penggunaan sandal atau kasut getah yang lembut oleh kanak-kanak turut menyumbangkan kepada risiko kemalangan kerana ia lebih mudah ditarik atau tersangkut pada eskalator yang sedang bergerak.

Baru-baru ini dilaporkan budak berusia empat tahun putus sebahagian pergelangan kaki kiri akibat tersepit di eskalator di KL Sentral. Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa sedang turun dari tingkat satu menggunakan eskalator berkenaan.

Sebelum itu pada awal bulan Februari, turut dilaporkan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan pada kaki kanannya akibat tersepit pada tangga eskalator di kompleks beli-belah Lot 10. Kejadian berlaku ketika dia bersama ahli keluarganya hendak turun ke aras bawah dari tingkat satu.

Orang kata malang tidak berbau. Sekalipun sesuatu kecelakaan atau musibah yang berlaku secara tiba-tiba tidak dapat dielakkan, namun langkah pencegahan boleh diambil dan sepatutnya dilakukan lebih awal bagi mengurangkan risiko.

Apapun menjadi tanggungjawab bagi setiap pengguna mengambil langkah lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menggunakan eskalator termasuk mengawasi anak-anak yang dibawa bersama bagi menjamin keselamatan mereka.

Amat penting ketika menggunakan eskalator, setiap pengguna perlu memastikan kaki berada dalam garisan yang ditetapkan serta mematuhi setiap arahan dan tatacara penggunaan yang ditetapkan oleh mana-mana pemilik premis.

Dalam pada itu, berikut antara kes kemalangan eskalator yang menyaksikan mangsa sebahagian besar terdiri daripada golongan kanak-kanak. Dalam kes berkenaan ada yang mengalami kecacatan kekal namun, lebih menghayat hati apabila ada yang kehilangan nyawa.

Cara Elak Kemalangan Semasa Menggunakan Eskalator Atau Tangga Bergerak:

1. Pastikan tali kasut yang anda pakai tidak longgar dan kasut yang dipakai adalah bersesuaian.
2. Sentiasa memegang tangan anak anda semasa menaiki eskalator atau tangga bergerak dan jangan biarkan mereka bermain di atasnya.
3. Berdiri ke kawasan tengah tangga atau dalam kawasan sempadan garisan kuning.
4. Sila pastikan kedua-dua belah kaki di atas anak tangga yang sama.
5. Jangan sesekali bersandar pada pemegang atau 'handrail'.
6. Pengguna stroller bayi dan dewasa yang bertongkat juga tidak digalakkan menggunakan tangga bergerak atau eskalator,  disarankan agar menggunakan menggunakan lif. atau tangga biasa.
7. Patuhi arahan keselamatan yang ditetapkan yang kebiasaannya ada pada setiap eskalator.

Diharap, perkongsian ini, dapat membantu anda dalam menghindari kemalangan atau kecelakaan yang berpunca daripada eksalator yang mungkin berlaku kepada diri sendiri, ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan. 

Jangan lupa untuk bantu kami kongsikan panduan penggunaan eskalator dengan cara selamat kepada yang lain dengan klik pada simbol g+1 atau di mana-mana laman sosial milik anda. Selamat beramal dan jadilah warga yang prihatin dengan mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. 
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda