[Video] 5 Tip Bagaimana Untuk Memastikan Bateri Telefon Pintar Anda Mampu Bertahan Lebih Lama



Setiap kali menggunakan telefon, sudah pasti akan berhadapan dengan masalah yang sama, iaitu bateri mudah habis. Bukan apa, kadangkala belum sampai beberapa jam, bateri telefon sudah mula berkurang, dan yang lebih merungsingkan, bila tiba waktu kecemasan, waktu itu jugalah bateri buat hal.

Disebababkan hal ini jugalah, kita akan melihat dahulu berapa lama bateri telefon mampu bertahan, sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah telefon. Mana tidaknya, jika mempunyai aplikasi yang baik, tetapi tidak mempunyai ketahanan bateri yang tinggi, ia seperti sia-sia sahaja.


Dalam membantu anda untuk memastikan telefon anda mempunyai jangka hayat bateri yang lama, admin ingin kongsikan, tip yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut, jom kita tengok apa yang boleh dilakukan, perkongsian dari The Verge.


1. Pencahayaan Skrin


Dengan mengurangkan seminimum mungkin pengcahayaan skrin telefon anda, ia dapat membantu dalam penggunaan bateri dengan lebih baik.

2. Lokasi


Anda sudah semestinya tidak memerlukan penggunaan lokasi anda setiap masa. Anda boleh sahaja menghidupakan GPS anda bila perlu sahaja, dan jika tidak menggunakannya, lebih baik anda mematikan aplikasi lokasi tersebut.


3. Mod Penjimatan Bateri


Dengan menhidupkan mod ini, telefon anda secara automatiknya akan mengurangkan aplikasi yang mungkin menggunakan kuasa bateri yang lebih. Dalam mod ini, penggunaan latar belakang akan dikurangkan begitu juga dengan penggunaan pengcahayaan bagi skrin.


4. Mod Pesawat


Sudah pasti jika anda menghidupkan mod pesawat ini, aplikasi lain tidak dapat digunakan, seperti mesej, panggilan masuk dan juga internet. Anda boleh sahaja menggunakan mod ini, secara beransur-ansur, jika anda pasti anda berada di luar kawasan, di mana tidak mendapat capaian 'line'. Matikan kembali mod pesawat, jika mendapat 'coverage' yang lebih baik.


5. Powerbank


Ini adalah alternatif yang seringkali digunakan oleh anda. Ianya boleh membantu anda di saat yang diperlukan. Tetapi, bagi yang mempunyai powerbank, atau di mana bateri powerbankanda masih ada lagi. Namun, jika tidak, anda perlu melakukan 4 cara lain di atas tadi.

Moga-moga dengan perkongsian ini, ia sedikit sebanyak membantu anda dalam memastikan bateri telefon anda sentiasa ada, untuk digunakan bagi saat-saat kecemasan. Pastikan anda boleh menghungingi, atau dihubungi oleh insan tersayang. 

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda