"Aku, Buku Merah, Dan Pesakit Itu." - Zina Sampai Bila Mampu Disorok?


ZINA,SAMPAI BILA MAMPU DISOROK? 
"Aku, Buku Merah, Dan Pesakit Itu."

"Puan, jadi kandungan ini anak sulung puan, berusia 35 minggu..puan dimasukkan ke wad semalam sebab contraction datang awal, kan."

Pesakit berkenaan mengangguk perlahan, sedang Dr. Syamirul memulakan review petang pada hari tersebut. Wanita mengandung berusia sekitar 30 an itu memerhati Dr. Syamirul membelek perlahan buku merah nya, yang menjadi "passport" bagi semua wanita mengandung.

Sering beliau ingatkan kepada pesakitnya, pergi ke mana sekalipun, hatta ke pasar malam pun, seseorang wanita mengandung mesti perlu membawa buku merahnya bersama. Semua maklumat mengenai kandungan tercatat didalam buku itu. Ditakdirkan tiba masa datang tanda kelahiran, doktor takkan sempat menyoal itu ini kepada pesakit, buku merah itulah yang membawa jawapan kepada persoalan2 penting.

Teringat Dr.Syamirul akan soalan viva beliau di awal posting di jabatan OnG berkenaan. "Seorang pesakit, 20+ years old, unbooked, presented with contraction pain and leaking liquor. What is the first thing you must do?" soal MO beliau. Tergagap2 Dr. Syamirul. Ligat kepalanya berpusing, buntu.

"Perspeculum and Vaginal Examination?" Dr. Syamirul meneka. Logiknya begitulah. Kalau betul dah datang tanda sakit dan dah turun air ketuban, maka next step perlu tahu apakah bukaan rahim dah cukup luas. Silap2 dah OS full, kena transfer masuk labor room terus.

"Bukan, rapid test HIV! Unbooked mother, you tak tahu status HIV dia, you jangan letakkan diri you or the whole labor room team dalam risiko by conducting deliveries or even performing VE without knowing whether she had HIV or not!" Tegas MO berkenaan.

Begitulah peri pentingnya buku merah tersebut. Bukan setakat tempoh gestasi kandungan, malah status screening HIV, kedudukan/presentasi kandungan, lokasi terkini plasenta, masalah2 antenatal, semuanya tercatat dalam buku merah yang menjadi sumber maklumat doktor dalam mengendalikan sesebuah kelahiran.

Sedar dari lamunan, Dr. Syamirul membelek-belek buku merah pesakit tersebut. "G1P0", dibaca "gravida one para zero", juga sinonim dengan "nulliparous", membawa maksud ini adalah kandungan pertama wanita ini, serta wanita ini tidak pernah mengalami kelahiran.

"Emm..doktor.." suara wanita berkenaan menarik perhatian Dr. Syamirul. "Ye, kak?"
"Sebenarnya ini bukan anak pertama saya."

Dr. Syamirul membeliakkan mata. Menanti penjelasan lanjut wanita tersebut.

"Beberapa tahun dulu saya dah pernah mengandung dan bersalin, tapi ketika itu saya muda lagi, tak kahwin lagi. Suami saya sekarang tak tahu pasal perkara ni, keluarga saya pun tak tahu."

Dr. Syamirul mengucap panjang didalam hati. Tak sangka, apa yang selama ini dianggap beliau hanya scene dalam drama, kini berada didepan matanya.

"Tak apa kak, terima kasih sebab beritahu perkara yang sebenar kepada kami. Hal ini penting kak, kerana banyak perkara yang perlu kami para doktor tahu mengenai kandungan yang sebelum ini, dan ia juga akan mengubah banyak aspek rawatan dan penjagaan akak termasuk ketika proses kelahiran kelak."

Maksudnya pesakit ini bukan lagi nulliparous, tetapi sebenarnya multiparous (sudah pernah mengalami kelahiran). Banyak management sudah berubah dari hakikat ini. Ubat penguat contraction, pitocin, tidak boleh lagi diberi pada kadar 96cc/h, sebaliknya mesti diseparuhkan. 

Tempoh maksimum fasa aktif kelahiran juga tidak lagi dibenarkan mencecah 12 jam, sebaliknya disingkatkan ke 8 hingga 10 jam. Kadar kecepatan proses bersalin pun berbeza, kalau nulliparous kita dapati bukaan rahim baru 4cm, kita boleh rehat2 lagi. Tapi kalau multip, sudah perlu berjaga2, sejam dua sudah boleh os full.

Bukan itu sahaja. Malah, sejarah kandungan dan kelahiran terdahulu juga perlu diterokai. Bersalin biasa atau operation? Jika anak sebelum ini dibedah, perlu diketahui apakah ada komplikasi atau tidak. Adakah allow VBAC (vaginal birth after cesarian)? Berapa berat kelahiran, kerana jika anak sebelum ini besar, kemungkinan kandungan2 seterusnya juga besar, yang boleh mendedahkan kepada risiko soulder dystocia atau extended tear.

Soalan pertama Dr. Syamirul kepada wanita berkenaan tentulah, "Buku merah yang anak dahulu tu, masih ada kak?" Kerana dalam buku itu tercatat semua maklumat yang perlu diketahui, termasuklah maklumat postnatal (pasca kelahiran).

"Tak ada doktor, semua saya sudah buang. Anak tersebut pun saya dah bagi kepada keluarga angkat, saya sendiri dah tak tahu siapa dan ada di mana. Doktor tolong jangan sebut perkara ini dihadapan suami saya atau keluarga saya, mereka semua tak tahu." Tergambar kegusaran pada riak wajahnya.

Begitulah berbezanya perspektif doktor dan pesakit. Tatkala ketika itu, seorang doktor sedang khuatir dan risau mengenai pesakitnya, plan rawatan dan management yang perlu dibuat. Sedangkan pada pihak pesakit, apa yang beliau khuatir dan risaukan, adalah takut kebenaran diketahui oleh suami dan ahli keluarganya.

"Tak apa akak jangan risau, selaku seorang doktor, kami terikat dengan kerahsiaan pesakit sekalipun terhadap suami dan keluarga akak sendiri, kecuali kes-kes tertentu." - barulah tampak lega pada raut mukanya.

"Tapi saya minta kepada akak, maklumat akak ni sangat penting khususnya kepada kami yang nak tolong akak ni. Kalau kami tak diberitahu mengenai hal ini, kami boleh memberi rawatan yang salah, management yang salah, yang boleh mengancam nyawa akak mahupun bayi dalam kandungan. 

Tengok dalam buku merah akak pun dah salah, akak sepatutnya bagitau perkara ni semasa nak buka buku merah ni lagi. Bayangkan apa terjadi kalau akak datang dalam keadaan dah nak bersalin sangat2, tak sempat bagitau kami, dan kami pula hanya berpandukan buku merah ini semata?"

"Ye..akak faham..akak minta maaf," serak suara wanita tersebut dihadapan Dr. Syamirul.

"Tak apalah akak, yang penting alhamdulillah, akak berterus-terang dengan saya hari ini. Setidaknya, saya masih sempat buat pembetulan pada buku ini. Minta maaf akak, buku merah ini maklumat hospital, kita kena tulis perkara yang betul. Tapi inshaAllah kita akan tulis dalam bahasa inggeris serta menggunakan istilah2 perubatan, mudah2an agar suami atau ahli keluarga akak yang terbaca buku ni, tidak faham apa yang ditulis. Tapi untuk pencegahan, mungkin akak boleh simpan buku ini baik2 agar tidak dibaca oleh orang lain."

"Terima kasih doktor, terima kasih sangat-sangat."

"Tapi saya minta dengan serius kepada akak, akak nak rahsiakan hal ini daripada suami dan ahli keluaga, itu hak peribadi akak. Namun saya minta sangat2, bila sampai masanya nak bersalin nanti, akak mesti berterus terang dengan kami. Biarpun ketika itu suami akak ada sekali. Kerana ia mempengaruhu rawatan kami ketika itu.

"Baik, doktor.."

Selesai review pesakit berkenaan, Dr. Syamirul segera mendapatkan MO beliau untuk dimaklumkan mengenai hal itu.

Meskipun peristiwa ini berlaku beberapa bulan yang lalu, ia masih berlegar di mindaku. Besar impaknya, kerana peristiwa realiti yang sebelum ini dibayangkan dalam novel/drama sahaja.

Wanita tersebut mungkin dahulunya jahil. Jahil sehingga melahirkan anak luar nikah. Dan mungkin dia pada ketika ini sudahpun bertaubat dan berusaha melupakan masa silamnya.
Namun hakikatnya, masa silamnya itu tetap datang menghantuinya. "A new life" might not seem so new.

Begitu juga, pendiriannya untuk tidak memberitahu suaminya mengenai perkara tersebut. Aku tidak berhak judge her decision. Malah sering juga kita dengar dalam kuliah agama, ustaz-ustaz mengatakan isteri tidak wajib menceritakan peristiwa hitam yang silam kepada bakal suami.

However, to what extent? Contohnya dalam situasi wanita ini. Sampai bila beliau mahu menyembunyikan hakikat ini daripada pengetahuan suaminya? Adakah beliau sanggup meletakkan nyawanya dalam bahaya demi menyembunyikan maklumat ini?

Apa terjadi jika suaminya mengetahui akan hakikat ini? Secara romantiknya orang berkata, jika benar suaminya mencintainya maka dia akan menerima isterinya seadanya. Namun benarkah realistiknya sedemikian? Kalau anda di tempat itu, bagaimana?

Kesemua komplikasi2 ini, tiadalah mampu aku rungkai dalam minda, melainkan hanya mampu aku katakan, "beringat sebelum kena."

Tatkala zina membarah dalam masyarakat yang aku melihat sendiri first person akan akibatnya, setiap minggu ada sahaja kes zina yang dilaporkan, ibu luar nikah melahirkan anak, sukar untuk aku bayangkan institusi kekeluargaan masyarakat zaman akan datang, sepuluh dua puluh tahun kemudian, bagaimana ia akan tertegak, kukuhkah ia atau rapuh didalam.

Dan betapa susah menyampaikan mesej "beringat sebelum kena" ini kepada adik-adik remaja anak muda kita, tatkala mereka lebih mudah terpengaruh dengan terbitnya bukti video kapel seminggu, video gwiyomi boyfriend, dsb..

Justeru pada malam tasu'a menjelang asyura ini, aku menadah tangan bermunajat sambil mengenangkan qalam Ilahi,

"Ya ayyuhal ladziina aamanu, quu anfusakum, wa ahliikum, naara." Surah At Tahrim, ayat enam. [66:6]
**
Disclaimer:
- dialog, latar dan watak diubahsuai bagi mengekalkan kerahsiaan pesakit, dalam masa yang sama, mengekalkan keaslian jalan cerita.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!