Dibekukan Selepas Mati, Pelaburan ASB Satu Langkah Bodoh?

Pelaburan ASB langkah bodoh sebab dibekukan selepas mati? 


Isu ini berbangkit kembali kebelakangan ini. Sebenarnya isu ni dah lebih dua tahun dibangkitkan dan saya dah beberapa kali menjawab soalan ini. Sebab terlalu banyak persoalan , sekali lagi Saya jawab dan huraian yang sedikit detail.

Dana ASB sudah wujud 25 tahun , dalam tempoh 26 tahun ini berapa ramai pelabur sudah meninggal dunia? 

Kalaulah Pelaburan ASB dibekukan selepas kematian dan tidak boleh dituntut, dah runtuh rasanya PNB tu kena gegar dengan waris-waris termasuk saya sendiri. 

Sebab saya berpengalaman sendiri membuat tuntutan tersebut dan tidak mempunyai masalah yang sengaja diwujudkan oleh tulisan yang tidak bertanggungjawab tersebut.


Mari Saya huraikan sedikit secara ringkas mengenai perkara ini:

1. Jika baki Pelaburan si mati kurang Dari RM10,000 , tuntutan terus boleh dibuat oleh waris yang berhak secara terus ke Pejabat PNB.

2. Sekiranya baki pelaburan atas RM10,000 , pewaris perlu mendapatkan Surat kuasa pentadbir Bagi membuat tuntutan ke atas baki pelaburan tersebut. Biasanya Surat kuasa tersebut mengambil masa 6 bulan.

3. Akaun Beku ? Jangan Salah faham dengan Akaun yang di tagged sebagai 'Deceased Acc' seperti di bank. Perkara ini penting untuk mengelakkan penyelewengan dari pihak luar dan dalaman bank sendiri supaya mereka tidak mengambil kesempatan seperti contoh kes 911 di WTC , ada banker yang fikir seorang individu business dari Malaysia telah terkorban dalam peristiwa itu dan dia mengambil kesempatan menyeleweng duit dari Acc pelanggan tersebut.

Nasib dia malang bila pelanggan tersebut rupanya terselamat dari peristiwa tersebut dan mendakwa duit beliau telah diseleweng. Pegawai bank tu sendiri dah ke 'dalam'. Itu pentingnya tagging AC sebagai 'Deceased Acc' bukan bermakna ia dibekukan tanpa boleh dikeluarkan oleh waris.

4. Dalam ASB Ada pemberian Khairat Kematian. Bila waris membuat tuntutan khairat, secara automatic AC Pelaburan si mati akan di tagged sebagai deceased Acc. Bukan bermakna ia beku tanpa boleh dituntut. Ia memerlukan standard process untuk membuat tuntutan dari waris mengikut prosedur yang ditentukan. Ini bukan bermakna ia dibekukan. Bagaimanapon sepanjang tempoh tuntutan, dividen still dikira mengikut jumlah pelaburan yang ada.

5. Instrument Hibah boleh dibuat di pejabat PNB minima satu nama hingga Max 10 nama dengan bayaran lebih kurang RM180 dan yuran tahunan RM10 . Hibah ini hanya terpakai untuk nilai tunai yang tidak bercagar dengan bank , bermakna sijil melalui pembiyaan ASB tidak layak melalui process ini. 

Proses ini memudahkan proses tuntutan dengan mengambil masa lebih kurang 21 hari sahaja.Bagaimanapon wasiat writing adalah jalan penyelesaian untuk memudahkan process tuntutan sekiranya ia melalui pembiayaan atau bercagar, bukan setakat ASB, keseluruhan harta dapat di uruskan dengan satu penulisan wasiat.
6. Article tersebut ditulis oleh seorang individu yang menjual takaful dengan cuba menampakkan kelemahan produk lain yang dia sendiri tidak faham bagi melariskan produk dia sendiri. Cara marketing yang matang tidak akan menggunakan instrument seperti itu apalagi memperjelaskan fakta yang tidak tepat dan mengelirukan.

7. Banyak skim-skim penipuan kat luar tu yang jelas jadi perosak.Cuba pergi hentam. Ke Sebab tiada kepentingan? Kalau ASB yang dah 26 tahun terbukti membela, mempertahan dan meningkatkan pegangan Equity dan ekonomi bumiputera malah sentiasa diperbaiki bukan main lagi hentam kiri kanan depan belakang. 

Meskipon masih ada kelemahan, tetapi penambahbaikan sentiasa dilakukan. Antara satu fakta yang orang Ramai perlu tahu , PNB mempunyai Panel Penasihat Shariah , salah seorangnya adalah Bekas Peneraju Bank Islam dan merupakan Ahli Majlis Penasihat Shariah di Suruhanjaya Sekuriti.

*Untuk maklumat lebih tepat & detail , boleh terus berhubung dengan pihak PNB.


Artikel ini hasil perkongsian ilmiah oleh Saudara Khairul Ezuwan Yusof di facebookbeliau. Semoga ianya memberikan pemahaman yang mendalam terhadap isu ini.

Jangan lupa kongsikan sekiranya artikel ini bermanfaat untuk anda.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda