Kakitangan KTM Nafi Halau Penumpang Seperti Pengemis. Rupanya Ini Cerita Yang Sebenar...

IPOH – Susulan viral wanita mendakwa kakitangan KTMB menghalaunya seperti pengemis, kakitangan berkenaan tampil mempertahankan diri di laman Facebook pengadu.

Kakitangan KTM Nafi Halau Penumpang Seperti Pengemis. Rupanya Ini Cerita Sebenar...

Menurut Noramira Md Akhir, penumpang berkenaan telah memfitnahnya di media sosial. Sedangkan adalah tugas beliau untuk memeriksa penumpang dan tanggungjawabnya jika sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku pada penumpang. 

“Jika berlaku apa-apa pada puan, saya yang kena bertanggungjawab atas nyawa puan dan anak puan, sebab puan sekarang naik tren tanpa tiket yang sah. 

“Kalau puan betul-betul emergency, kenapa tak cakap pada saya semasa di KL Sentral, Rawang atau Tanjung Malim?” soal Noramira. 

Dalam kenyataan itu juga, Noramira menafikan dia telah menggenakan penalti RM110 seperti yang didakwa kerana bersimpati dengan pengadu yang tiada wang.

“Saya kerja mengikut prosedur yang betul. Sekarang ini, viralkan. Baguslah, biarlah orang tahu keadaan yang betul-betul,” katanya. 

Noramira turut menafikan dakwaan kononnya dia meninggikan suara terhadap pengadu. Malah Noramira siap menjemput pengadu datang ke bilik kru sebab enggan memalukannya. Namun Noramira kesal apabila pengadu enggan mengakui kesilapannya itu. 


Malah, Noramira menegaskan terdapat rakaman CCTV dalam tren tersebut jika pengadu yakin bahawa Noramira telah berkasar dengannya. 

Meskipun kesal dengan apa yang berlaku, Noramira telah memaafkan wanita itu dan meminta wanita itu membuat aduan rasmi pada pihak KTMB berhubung dakwaannya itu.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!