'Kalau mama ada, mesti Nabila lagi cantik' - Luahan Bapa Tunggal Di Hari Pertama Persekolahan

Jika tahun-tahun sebelum ini kita berkongsi pelbagai ragam anak-anak yang memulakan sesi persekolahan. Ini termasuk tersepit di kerusi dan pelbagai ragam lagi. 

Namun permulaan sesi persekolahan bagi seorang bapa tunggal ini memberikan sedikit cabaran dan ada juga kelakarnya.

Sebak membaca status ringkas yang dimuat naik oleh seorang bapa tunggal ini. Di kala anak-anak yang lain dihantar ke sekolah dengan seragam sekolah yang kemas dan teratur, murid perempuan ini pula dalam keadaan tudungnya yang tidak betul. 

Status Zubayry Abady yang dimuat naik pagi tadi benar-benar mengusik hati ramai netizen.


"Maaflah Nabila, abah tak reti pakaikan kau tudung. Senget benget. Kalau mama ada, mesti Nabila lagi cantik. Apa-apa pun, selamat menuntut ilmu. Esok kita cuba lagi pakai tudung ye.

"Jadi, buat suami-suami dan bapa-bapa di luar sana, jangan komplen kalau isteri atau anak-anak kita lewat bersiap. Memang susah nak adjust tudung ini sebenarnya," katanya. 

Ramai netizen yang melahirkan rasa simpati dan tidak kurang juga memberikan tunjuk ajar kepada Zubaydy bagaimana memakai tudung pada anaknya itu.


Ada segelintir netizen bertanya di manakah ibu Nabila, namun Zubayry hanya mampu memberikan jawapan berikut:
 Mama Nabila sedang berkasih sayang dengan Allah di syurga...
Rasa sebak di hati bila terkenang akan nasib Nabila yang kehilangan ibunya dalam usia kecil sebegini. Semoga Zubayry dan anaknya sentiasa dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup dan berjaya dalam kehidupan di dunia serta akhirat. 
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda