Susah Untuk Tidur? Minum Air Rebusan Ni Akan Melenakan Tidur Korang!

Setelah seharian bekerja,tidur merupakan peluang untuk badan kita rehat dan memperbaiki sel-sel yang rosak dan penggantian sel yang telah mati. 
Namun tidak semua orang mudah untuk melelapkan mata, ada sesetengah yang perlukan bantuan ubat tidur. Namun pengambilan ubat tidur dalam tempoh yang lama dan tanpa pengawasan kuantiti boleh menyebabkan kerosakan pada organ dalaman dan mungkin punca kepada kematian secara mendadak!

Keperluan untuk tidur bukan setakat bergantung kepada tempoh jam tidur dalam sehari tetapi fasa deep sleep yang memastikan kita tidur lena dan bangun dengan lebih bertenaga.

Simptom susah tidur ini sering berlaku kepada individu dan ia dikenali sebagai penyakit insomnia. Otak manusia memerlukan rehat dan cukup yang tidur. Jika tidak, ia akan memudaratkan diri dan lebih teruk boleh membawa maut. 


Tapi jangan risau, banyak cara untuk mengatasi masalah itu. 

Salah satunya adalah dengan minum air rebusan pisang ataupun digelar sebagai teh pisang.  Nak tahu bagaimana cara-caranya? Meh baca kat bawah:

1. Pastikan korang didihkan air selama 10 minit dan letak uncang teh dalam air didihan itu
2. Kemudian, hiris pisang dan letak dalam air, tunggu hingga mendidih.
3. Letak dalam cawan dan tan tabur serbuk kayu manis

Ya, minum air rebusan pisang bersama campuran yang dinyatakan 1 jam sebelum masuk tidur okay! Insyaallah, tidur korang pasti akan lena selepas itu. Selamat mencuba ya!
loading...

0 comment... add one now