Tangani Suami Lalai Agama dan Marah Anak, Ini Nasihat Isteri Dr. Zakir Naik

Suami adalah pemimpin keluarga tapi bagaimana pula jika pemimpin yang diharap ini lalai pada agama. Bagaimana cara untuk menyayangi suami sebegini?
Tangani Suami Lalai Agama dan Marah Anak, Ini Nasihat Isteri Dr. Zakir Naik

Demikian soalan yang ditujukan kepada Farhat Naik isteri kepada pendakwah terkenal Dr.Zakir Naik, menerusi sesi soal jawab dalam program Power Talk Mingguan Wanita yang berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.

Menjawab persoalan itu kata Farhat sekiranya suami tidak mempraktiskan Islam isteri seharusnya terus menyayangi suami dan mencari cara untuk membimbingnya.

" Dalam hal ini kasih sayang adalah cara paling berkesan. Biasanya apa yang isteri buat jika mahukan sesuatu daripada suami?  Isteri selalunya akan gembirakan hati suami. Dia akan beri layanan yang baik.

"Demikian juga dalam hal ini. Limpahkan kasih sayang dan layanan yang baik untuk suami. Pada masa yang sama isteri sendiri tunjukkan contoh.

"Isteri perlu praktikkan ajaran Islam di rumah walaupun suami tidak melakukannya. Biar dia lihat dan menghayatinya.

"Kemudian cairkan hati suami dengan kasih sayang dan juga layanan seorang isteri. Iringi usaha ini dengan berdoa kepada Allah SWT agar suami berubah. Insya-Allah," ujarnya sambil mengingatkan bahawa suami tetap menjadi pemimpin keluarga bukannya isteri dan mereka tidak menyukai isteri yang dominan. 

Isu Marah Anak Ibu Berkerjaya

Dalam pada itu beliau turut menjawab satu lagi persoalan menarik tentang cara elak memarahi anak, yakni situasi yang selalu dialami muslimah berkerjaya rentetan  tekanan kerja dan kepenatan menguruskan rumah tangga.

"Seorang ibu akan marah bila anak melakukan perkara yang tidak disukai atau tidak seiring dengan kehendaknya.

"Daripada marah yakni sesuatu yang tidak disukai Allah atau memukulnya, adalah lebih baik seorang ibu itu mendoakan anaknya.

"Setiap kali anak berbuat sesuatu yang tidak disukai hingga menyebabkan kemarahan, maka terus berdoa agar anak menjadi insan yang baik.

"Jangan memukul, memarahi menyebarkan kata-kata sebaliknya terapkan ucapan positif melalui doa. "Doa ibu adalah senjata ampuh,"ungkap Farhat Naik yang juga terlibat dengan dakwah khususnya kalangan wanita.

Cabaran Jadi Isteri Dr. Zakir Naik

Tidak ketinggalan dalam sesi itu, Farhat turut diajukan cabaran menjadi isteri kepada pendakwah terkenal Dr. Zakir naik.

"Pelbagai cabaran, kesulitan dan  tekanan yang terpaksa ditempuhi, namun dengan rahmat Allah SWT setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya," kata Farhat.
Menurutnya  setiap hari beliau berdepan rintangan dan kesulitan, tetapi sentiasa memanjatkan kesyukuran kerana Allah SWT sentiasa mempermudah urusannya.

Mengakui bukan mudah bergelar isteri kepada pakar perbandingan agama itu, Farhat bagaimanapun berpuas hati dengan cabaran dan kesulitan yang dihadapinya itu. 

“Setiap hari kami akan berdepan cabaran. Alhamdulillah, Allah SWT memilih kami, ia merupakan satu rahmat.
“Kerana setiap hari kita akan berdepan masalah, tetapi percayalah setiap masalah itu akan ada jalan penyelesaiannya dengan rahmat Allah SWT,” katanya.

Sebelum sesi soal jawab itu, Farhat terlebih dahulu menyampaikan ceramah bertajuk Muslimah Ideal yang berlangsung sejam dihadiri kira-kira 500 audiens.

Turut diadakan sesi bersama dua orang anak perempuannya, Zikra Naik yang menyampaikan ceramah  berkenaan ibu bapa dan Rushda Naik yang memperdengarkan bacaan al-Quran.

Kebolehan anak-anak Farhat menyampaikan ceramah dan bacaan al-Quran ternyata memukau hadirin yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur,  termasuk remaja.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda