Jangan Ambil Mudah Hanya Kerana Nak Tenangkan Anak Bagi Puting, Tapi Rupa-Rupanya Anak Hisap Kuman

Puting tiruan atau getah silikon pelbagai bentuk ini sering diberi kepada anak-anak oleh ibu bapa untuk menenangkan mereka.

Tahukan anda bahawa bahawa puting tiruan dan getah silikon yang diberikan kepada bayi anda berkenaan sebenarnya merupakan 'lubuk' kuman.

Ia juga boleh memberi kesan kepada pembentukan gigi yang tidak teratur.

Berikut beberapa kebaikan dan keburukan selain tip berkaitan peng­gunaan puting untuk dijadikan panduan ibu bapa.


1. Ia mungkin menenangkan anak dan membantunya tidur.

2. Ia mungkin membantu mendidiknya untuk menghisap lebih kuat ketika minum susu ibu.

3. Menghisap puting dalam jangka lama mungkin menggalakkan bakteria daripada mulut bergerak ke tiub sempit antara bahagian telinga dan tekak.

4. Penggunaan puting tiruan boleh memberi kesan kepada struktur mulut dan menyebabkan mukus di bahagian tiub Eustachian pada bahagian tekak tidak dapat dikeringkan.

5. Penggunaan puting terlalu lama atau melebihi usia dua tahun boleh menyebabkan perubahan pada pertumbuhan giginya dan membuatkan gigi atas dan bawah tidak selari.

6. Yayasan Kesihatan Pergigian British menolak penggunaan puting, selain menggalakkan ibu bapa memastikan anak mereka tidak menghisap ibu jari sebagai ganti puting.

7. Terlalu lama menghisap puting juga boleh membuatkan kanak-kanak lambat bertutur dan tidak tahu membuat bunyi tertentu.

8. Jika memilih memberi puting pada anak, harus dipastikan ia disteril dan dibersih­kan sekerap mungkin.

9. Keadaan puting harus diperiksa selalu bagi memastikan ia tidak ada rekahan atau koyakan yang boleh memerangkap kuman.

10. Jangan sesekali mencelup puting dalam makanan manis, madu atau jus dalam usaha membuatkannya menghisap puting dan tidak menangis kerana ia boleh menyebabkan gigi mereput. 
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda