Jika Anak Anda Menangis, Jangan Paksa Dia Untuk Diam Atau Marah, Mengapa? Ini Sebabnya


Budak-budak atau kanak-kanak memang diketahui dengan tangisan mereka. Mereka akan mula untuk menangis bila mana tidak dapat apa yang diinginkan atau dimarahi oleh ibu bapa mereka. Perkara sebegini sudah menjadi lumrah buat ibu bapa yang mana akan selalu berdepan dengan tangisan anak saban hari.

Bila mana sudah berdepan dengan situasi ini, ramai di antara ibu bapa di luar sana mula meninggikan suara dan meminta anak tersebut untuk diam, sama ada dengan cara mengugut, menjeling, mencubit, atau apa sahaja.

Tapi, tahukah anda, cara sebegini adalah salah, di mana menyekat anak untuk menangis dengan semahu-mahunya bukanlah cara yang betul. Menurut laman Ibu Bapa Prihatin, anak sepatutnya dibiarkan sahaja untuk menangis, dan ada sebab yang tersendiri. Mengapa? Mari kita ikuti perkongsian dari laman tersebut.


Biarkan Anak Menangis

Anak-anak mula belajar untuk mencapai keseimbangan emosi seawal 5 tahun.

Diusia ini, anak mula belajar mengawal emosi . Dia cuba untuk mengawal emosi negatif seperti takut dan sedih.

Pernah tak anda buat?

Ketika memarahkan anak dengan tegas, akan berkata:

+ “Berhenti menangis!”
+ “Dah jangan menangis!”
+ “Berhenti, rotan nak?”

Jika ada, maka anda perlu sedar.

+ Anda sedang menyekat “gunung berapi yang sedang meletus”

+ Gunung berapi yang sedang meletus jika disumbat dengan batu yang amat besar, lama kelamaan akan meletus juga.

Ketika dimarahi, anak-anak seusia ini sedaya upaya menangis semahu-mahunya, sekuat-kuatnya dan sepuas hatinya.

+ Ini adalah cara mereka melepaskan perasaan mereka
+ Ini adalah cara mereka melepaskan kesedihan mereka

Tetapi setiap kali mereka menangis

+ Anda paksa berhenti

+ Anda desak supaya jangan menangis

+ Anda ugut dengan hukuman

+ Anda telah MENYEKAT mereka daripada berasa lega!


A. Jika dibuat selalu begini

Maka akan wujudlah situasi dimana anak-anak seusia ini tidak menangis lagi jika dimarah dengan tegas kelak. Sebaliknya akan berdiam diri dan bersendiri

+ Jika anak anda tidak menangis bila dimarah dengan tegas oleh ibu atau ayahnya, anda tidak seharusnya berasa gembira, malah anda perlu berjaga-jaga dan mula berasa risau.
+ Itu bukan petanda anak anda sudah tidak manja atau sudah matang

+ Kerana hakikatnya anak-anak diusia ini perlu menangis

+ Jika dia mendiamkan diri tanpa menangis, bermakna dia sedang cuba menahan emosi sedihnya

+ Perasaan sedih meluap-luap yang terhalang akan terbuku didalam hati dan jika tak diluahkan apa terjadi?

Jika dibiarkan berulang, dikhuatiri satu hari nanti dia akan jadi seorang yang pasif, pendiam, dan mungkin paling teruk akan jadi panas baran dan mudah marah.
Kita yang dewasa pun jika memendam perasaan sedih apa yang terjadi?

+ Orang dewasa juga perlu menangis

+ Apatah lagi anak-anak seusia 5 tahun?



B. Menangis adalah cara dia meluahkan perasaan

+ Dengan menangis mereka akan berasa lega

+ Dengan menangis mereka seolah-olah telah melepaskan satu beban dalam diri mereka

Jika dimarahi dan anak-anak menangis, biarkan dia menangis dan dalam masa sama,bersama-sama ada dengan dia, pujuk dia agar dia berhenti menangis dalam keadaan yang sudah lega



C. Cepat-cepat pergi kepada anak

Jika mereka dimarahi ayah dengan teruk dan tidak menangis, sebaliknya dia berlalu pergi sahaja. Anda sebagai ibu cepat-cepat cari mereka.

Begitu juga sebaliknya jika ibu yang memarahi anak, si ayah cepat-cepat cari anak

+ Peluk mereka, Tanya dengan kasih sayang dan buatkan dia menangis. 

+ Peluk mereka sekuat hati, tunjukkan bahawa dia selamat bersama anda

+ Biarkan dia melepaskan kesedihan dan tangisan

Percayalah, selepas itu lihat wajahnya akan ceria dan tersenyum kelegaan.

Ingat. Nabi kita mendidik anaknya dengan tegas ketika anaknya mencapai umur 7 tahun.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda