Ketika Beramal, Usahlah Mengharapkan Orang Yang Dibantu Akan Mengenang Budi. Ini Sebabnya...

JANGAN MENGHARAP BALASAN MANUSIA
Saya pernah membantu seseorang pergi belajar di Mesir setelah membantunya belajar di Yala,tetapi bila dia tidak dapat menerus pengajian dan merayu membelikan tiket untuk balik ke tanahair,saya belikan,tetapi beberapa tahun setelah kembali dan menjadi imam disuatu surau,dua menghantar message yg berbunyi lebih kurang begini,"Cikgu akan bersama Haman dan Qarun." Hanya kerana perbezaan pendangan dlm lantikan jawatan masjid yg melibat saudaranya.

Saya pernah menjadikan satu keluarga Kampuchea sebagai anak angkat yg dibiayai keperluan pengajian quran mereka dinegara ini dan waktu bercuti dihabiskan dirumah saya.Saya dan isteri berkorban menghantar dan mengambil mereka waktu cuti mereka bagai anak sendiri.
Tetapi bila mereka bertemu seseorang yg mungkin mereka rasa berada,mereka jodohkan adik perempuan yg juga menjadi angkat saya tanpa maklum pada saya,tanpa pandangan saya,bahkan keluarga lelaki yg nak berkahwin dgnya langsung tidak menghubungi kami termasuk lelaki yg nak berkahwin dg anak angkat saya itu walaupun rumah mereta tak sampai 1 km dari rumah saya.Mereka mengambil anak angkat saya bagai menyamun bunga dihalaman saya,menendang dan meludah penyiram pokok yang menganugerahkan bunga.

Keluarga Kampuchea itu sendiri dg mudahnya melupakan kami ibarat dagang yg meninggal pelabuhan untuk menuju ke pelabuhan lain, sedangkan kami bagai penunggu yg terus mengharap kapal kembali ke pelabuhan.Kini kami telah tidak lagi menunggu dan mengharap dipelabuhan.
Saya pernah juga berusaha menghantar sekumpulan anak muda ke Acheh untuk belajar agama ketika menjadi setiausaha masjid dg harapan mereka menjadi pelapis dan memenuhi tuntutan 'hendaklah ada sekumpulan orang dari satu kaum meninggalkan kaumnya untuk bekajar'.Bila merela balik dan menerus pengajian di timur tengah,usaha membantu diteruskan.
Tetapi bila mereka kembali dan memegang jawatan imam,mereka memusuhi saya hanya kerana tidak boleh menerima teguran,malah saya disaman di mahkamah tinggi, dihentam dlm kuliah,ceramah bahkan khutbah.Hinggakan bila anak saya kembali ke rahmatullah dan dikebumi pada pagi jumaat,imam masjid menghilang diri,yg menjadi imam dimasjid lain yg juga pernah saya bantu juga tiada menziarah.Mungkin maqam mereka terlalu tinggi dan akan nencemar kemuliaan mereka jika turun bersolat dan berziarah anak kami yg faqir lagi jahil dalam agama.
Kisah yg saya alami ini bukan dicerita untuk mengungkit,tetapi untuk teladan, seperti kata ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,"Ketika beramal, usahlah mengharapkan orang yang dibantu kita akan mengenang budi atau berterima kasih kepada kita.

Semasa beramal, buangkan harapan bahawa orang yang menerima bantuan tersebut akan mengingati kita dan mengenang budi, mengingati sejarah bahawa kita pernah membantunya.Jangan sesekali mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu, dalam apa jua keadaan,terutamanya dalam keadaan kita memerlukan pertolongan semula".

Dalam Quran juga disebut bahawa jangan mengharapkan apa-apa balasan daripada orang yang dibantu.(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.(76-9)
Ingatlah beramal dan berbuat baik adalah untuk mendapat keredaan Allah. Jika kita sentiasa beringat bahawa beramal adalah untuk mendapat keredhaan Allah, mereka yang tidak mengenang budi,bahkan membalas dengan keburukan, tidak akan dapat melukai hati kita.Ingatlah juga, yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.
Jika anda memahami bahawa semua manusia adalah ciptaan Allah, maka anda akan faham bahawa Allah yang akan membalas perbuatan kita dalam membantu manusia ciptaanNya dan bukan orang yang kita bantu.
Jangan berasa susah hati sekiranya tongkat yang diberi sebagai bantuan kepada seseorang akhirnya digunakan untuk memukul kita. Jangan kesal jika kayu yg dihulur kpd mereka yg hampir tenggelam, akhirnya menjerumuskan kita ke dlm air sedangkan mereka memanjat tebing dan meninggalkan kita bertarung kelemasan.
Kita tidak perlu bersedih atas sifat tidak membalas budi sesama manusia,kerana manusia ramai yg tidak bersyukur kpd Allah sebagai satu sifat membalas budi,seperti firman Allah,'hanya sedikit dari hambaKu yg bersyukur'.Jika pada Allah pun mereka tidak mahu 'membalas budi',apa lagi pada manusia.
Jadi berbuat baiklah dan mengharap balasan dari Allah bukan dari manusia.Jangan jadi orang yg berputus asa berbuat baik kpd manusia hingga berkata lebih baik berbuat baik kpd binatang kerana dia tidak berkata apa pun kpd kita tetapi berbuat baik pada manusia,akhirnya dia mengata dan mengumpat kita.Wallahua'lam abd ghani haron.
Masih ada sedikit lagi buku BICARA MATA HATI untuk diberikan nagi tujuan mendapat sumbangan sedekah jariah,Whatsapp,message 0124120846. Jom sertai kami dlm projek sedekah jariah,kami bersedekah hampir setiap hari. - Kredit Abd Ghani Haron
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda