Kisah Sayyidina Umar Al-Khattab Dan Kopiah Yang Boleh Di Jadikan Teladan Untuk Para Pemimpin

Sayyidina Umar Al-Khattab mempunyai tugas di syiria untuk menjalankan urusan kerajaan pemerintahannya. Sayyidina Umar Al-Khattab pergi bersama dengan pembantunya dengan menaiki kuda. Dalam perjalanan Sayyidina Umar Al-Khattab ke Syiria bersama pembantunya dipadang pasir, tiba-tiba kopiah Sayyidina Umar Al-Khattab terjatuh.

Sayyidina Umar Al-Khattab memberhentikan pergerakan kudanya dan turun dari kudanya serta berjalan jauh untuk mengambil kembali kopiahnya yang bergerak semakin jauh akibat tiupan angin. Pembantu Sayyidina Umar Al-Khattab menunggu usaha Sayyidina Umar Al-Khattab tersebut yang berjalan untuk mengambil kembali kopiahnya.

Setelah berjaya Sayyidina Umar Al-Khattab mengambil kembali kopiahnya, Sayyidina Umar Al-Khattab segera berjalan menuju kembali ke hentian kudanya bersama pembantunya. Setibanya Sayyidina Umar Al-Khattab, pembantunya yang sedari tadi kehairanan bertanya kepada Sayyidina Umar Al-Khattab, kenapakah Sayyidina Umar Al-Khattab turun dari kudanya dan berjalan kaki untuk mengambil kembali kopiahnya yang jatuh. 

Pembantu yang mengikuti tugas Sayyidina Umar Al-Khattab ke Syiria itu bertanya lagi kenapakah Sayyidina Umar Al-Khattab tidak menaiki kudanya sahaja?

Sayyidina Umar Al-Khattab menegaskan dengan jawapan ;

Kerajaan telah menyediakan kuda ini untuk urusanku disana, bukan untuk urusanku mengambil kopiahku yang terjatuh disini.

Pembantu Sayyidina Umar Al-Khattab bertanya lagi ;

kalau begitu, kenapakah Sayyidina Umar tidak menyuruh sahaja aku yang berjalan untuk mengambilnya dan Sayyidina Umar tunggu sahaja disini? Bukankah aku sebagai pembantu kamu Sayyidina Umar dan kamu adalah khalifah yang juga menjadi ketuaku?

Sekali lagi Sayyidina Umar Al-Khattab memberikan jawapannya yang tegas bahawa kerajaan telah membayar gajinya untuk urusan membantu Sayyidina Umar Al-Khattab dalam urusan disana dan bukan untuk mengambil kopiah Sayyidina Umar Al-Khattab yang terjatuh dijalanan ini.

Begitulah telitinya Sayyidina Umar Al-Khattab dalam menjaga harta rakyat yang telah diamanahkan kepadanya sebagai Khalifah yakni ketua negara dalam menjalankan sesuatu urusan.

Ditulis kembali oleh omar abdul aziz pengajaran dari video ceramah Kisah Sayyidina Umar Al-Khattab Dan Kopiah – Ustaz Fawwaz Md Jan
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda