'Kita mudahkan kerja orang lain, mereka pun seronok' - Budaya Yang Mudah Nak Buat Tapi Ramai Suka Lepas Tangan...


LEPAS MAKAN, KEMASLAH

Sejak awal-awal kahwin dulu, ada satu amalan pelik yang isteri saya selalu buat. Selepas habis makan di kedai, mesti dia kemaskan pinggan cawan semua. 

"Ala Nor, biar je lah pinggan cawan tu semua kat situ. Kejap lagi dorang (waiter) datang kemas. Dah memang kerja dorang, kan. Tak yahlah rajin sangat. Takda kerja pulak dorang tu nanti," saya kata pada dia.

"Takpa bang. Bukan susah pun. Kita mudahkan kerja orang lain. Dorang pun seronok bila nampak meja kemas tak bersepah. Mana tau kot dorang doakan yang baik-baik kat kita nanti," balasnya.


Banyak kali juga saya cakap perkara yang sama pada isteri saya setiap kali dia cuba 'tunjuk baik' kemas pinggan cawan di kedai makan. Tapi dia buat 'dek' saja. Saya pun tidaklah menghalangnya. 

Hari ini saya cuti wilayah, tetapi isteri saya kerja seperti biasa sebab dia kerja di Selangor. Saya selesaikan semua urusan dan makan tengah hari seorang sementara menunggu dia habis kerja. Sekarang saya sudah terikut-ikut amalan isteri pula. Selepas habis makan tadi, saya mula mengemas pinggan cawan. Kemudian, ambil gambar untuk upload di Facebook dan buat posting ini. Haha!

Benda bermanfaat, sajalah saya kongsikan di sini. Anda pun cubalah buat selalu. Walau nampak seperti remeh, tetapi kita dah memudahkan kerja orang lain dan kita tak rugi apa-apa pun, kan? Sama juga situasi macam dengan makcik cleaner. Kita tahu memang kerja dia sapu dan kutip sampah semua. Tapi takkanlah kita sanggup nak buang sampah merata-rata, kan?

Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat daripada saya. Siapa yang biasa kemas pinggan cawan di kedai makan, korang memang hensem, cun dan bertimbang rasa. Teruskan!

Kredit: Harith Faisal
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda