Mood Swing Lagi? Ini Dia 5 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Anda Bad Mood Selalu


Kata orang, makanlah apa sahaja namun dalam kuantiti yang sederhana sahaja. Ini ada benarnya kerana selain membuatkan lemak makin banyak, pilihan makanan tertentu juga mempengaruhi mood anda.

Pendek kata, salah pilih makanan maka mood pun merudum dan mulalah rasa serba tak kena, rasa nak marah, sukar tidur dan sebagainya. Mungkin ia hanya bersifat sementara namun menyusahkan anda, bukan?

Berikut merupakan antara makanan yang boleh menyebabkan anda bad mood:


1. Air soda

"Air soda mengandungi gula yang menyebabkan peningkatan kepada tenaga dan kemudian ia 'crash' yang memberi kesan kepada kawalan gula dalam darah, tahap tenaga dan juga mood," ujar konsultan kesihatan, Mikaela Reuben.

2. Kekacang masin

Kebanyakan kekacang yang anda beli di pasaran bukan sahaja tinggi dengan garam, malah juga MSG yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa cepat letih, moody dan juga sakit kepala. 


3. Marjerin

"Marjerin mengandungi lemak yang sangat tinggi dan ia berbeza daripada lemak sihat seperti dalam minyak zaitun atau buah avokado. Pengambilan marjerin boleh menyebabkan ketidakseimbangan gula dalam darah, kenaikan berat dan mood swing," ujar Reuben lagi. 

4. Kuih muih dan kek

Kebanyakan kuih muih, biskut, kek dan pai mengandungi gula dan lemak yang sangat tinggi. Ia akhirnya memberi kesan seperti perasaan tertekan, mood swing dan sebagainya. 

5. Kentang goreng

Jika anda masih teringinkan kentang, masak ia secara bakar dalam ketuhar. Ini kerana kentang goreng biasa mengandungi lemak dan juga garam yang sangat tinggi. Sudah tentu pengambilannya menyebabkan mood terganggu dan rasa letih.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!