Padah Bila Miang Tak Bertempat, Di Terajang Mangsa Ketika Mencabul!

KUALA KETIL, KEDAH - Padah meraba wanita yang sedang menunggang motosikal, seorang lelaki cedera selepas terjatuh ditendang oleh mangsanya. 

Dalam kejadian jam 8 pagi tadi di Kampung Pantai Cicar itu, mangsa, Artiyna Ikhwan, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja, diekori oleh suspek yang menunggang motosikal. 

"Dia mengekori saya dari belakang, masuk ke kampung. Bila saya bawa motor perlahan dengan harapan dia boleh memintas saya. Tetapi dia tidak berbuat demikian. 

'Bila saya tunggang lebih laju, dia pun ikut sama. Dalam hati dah risau dan kepala dah fikir macam-macam. Manalah tahu kalau dia nak meragut saya atau lain-lain. 

"Rupa-rupanya, ya Allah! Dia ambil kesempatan meraba payu dara saya. Kebetulan kaki saya pada ketika itu memang sudah bersedia untuk menendang motosikalnya, terus saya tendang," katanya. 


Suspek yang gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terbaring di tepi jalan. Suspek cedera teruk di bahagian muka. 


Meskipun masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu, namun Artiyna lega suspek dapat ditahan.

Justeru, mangsa menasihatkan agar golongan perempuan lebih berhati-hati apabila menunggang motosikal seorang diri.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda