Rakaman Video Ketika Pembunuhan Jong-Nam Kini Tersebar Meluas Di Media Sosial


Kuala Lumpur - Satu rakaman berkaitan dengan kes kontroversi yang mengejutkan dunia iaitu kes pembunuhan Jong-nam abang kepada pemimpin Korea Utara kini tersebar secara meluas di media sosial.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 3 minit itu jelas kelihatan ketibaan Jong-nam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur Dua (KLIA 2) di bahagian aras pelepasan.

Dua orang wanita yang kelihatan sedang melakukan sesuatu terhadap Jong-nam sebelum Jong-nam pergi ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan bantuan dengan petugas kaunter ketika itu dan kemudiannya dengan dua orang petugas polis bantuan yang berada di situ.
Paparan rakaman CCTV berkenaan jelas menunjukkan dua orang wanita datang mendekati Jong-nam sebelum mencekiknya serta seperti menekap sesuatu ke muka mangsa sebelum kedua wanita berkenaan pergi meninggalkan mangsa.

Melalui rakaman tersebut juga dapat dilihat bagaimana penyerang hanya mengambil masa yang terlalu singkat iaitu selama 2.33 saat untuk melakukan perbuatan demikian terhadap mangsa sebelum mangsa ditinggalkan.


Sumber: Utusan Online
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!