Wahai Isteri! Ucapkanlah Kalimat Ini Sebelum Suamimu pergi Bekerja Setiap Hari, Dan Lihat Hasilnya Sendiri. Mengejutkan!!

Setelah selesai akad nikah, seorang lelaki secara automatik menjadi suami dan perempuan menjadi isterinya. Kehidupan suami isteri dalam rumah tangga dimulai pada ketika itu.

Suami sebagai kepala rumah tangga berkewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anaknya.

Salah satu usaha yang dilakukan untuk mencari nafkah adalah bekerja sesuai dengan kelayakan yang dimiliki, tidak kira sama ada bekerja dengan orang mahupun bekerja sendiri.

Waktu yang paling baik untuk memulakan pekerjaan adalah di pagi hari. Kerana pada waktu itu matahari terbit untuk menyinari dunia, menyingkirkan hawa dingin, membunuh virus-virus penyakit, dan memberi semangat kehidupan manusia.


Beraktiviti di pagi hari menimbulkan rasa optimisme yang tinggi bagi seseorang, agar dia boleh mengisi hari itu dengan rangkaian kegiatan yang sihat dan bermanfaat bagi dirinya.

Orang yang berbahagia di antara kita adalah dia yang hari-harinya penuh dengan amal soleh, rezeki yang halal dan menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan.

Sementara itu, orang yang celaka di antara kita adalah dia yang hari ini sama seperti hari kelmarin yang penuh dengan kemalasan, tindakan-tindakan dosa, rezeki yang haram dan enggan memberi bantuan.

Seorang lelaki yang sukses dalam kehidupannya dapat dipastikan di belakangnya terdapat isteri yang sukses dalam kehidupannya. Iaitu perempuan yang memiliki keimanan dan dapat menerima keadaan suaminya, rezekinya, pekerjaannya, rumahnya dan anak-anaknya.

Seorang isteri yang sukses pasti memiliki semangat dan keimanan bahawa rezeki dari Allah Ta’ala akan sampai kepada keluarganya jika Allah Ta’ala mengkehendakinya meski manusia berusaha menghalanginya.

Sebaliknya, rezeki itu tidak akan mengalir kepadanya jika Allah Ta’ala mencegahnya, meskipun manusia berusaha untuk membawakannya.

Isteri yang sukses akan selalu mengingatkan suaminya setiap pagi dengan hal-hal yang biasa diucapkan oleh wanita-wanita solehah kepada suaminya.

Mereka selalu memegang baju suaminya sebelum pergi bekerja dan berkata,

“Wahai suamiku, takutlah kepada Allah Ta’ala dalam urusan kamu, jangan memberi makan kami dengan rezeki yang haram, kami kuat menahan panasnya lapar dan dahaga, tetapi kami tidak kuasa menahan panasnya api neraka.”

Isteri solehah tidak akan membebani suaminya dengan pelbagai tuntutan, permintaan, kehendak dan belanja rumah tangga yang dianggarkan untuk sebulan, setengah tahun atau pun setahun.

Isteri solehah tidak akan menuntut rezeki esok, kerana rezeki esok belum datang.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda