Wahai Suami Tahu Tak Pahala Menemani Isteri Jalan-Jalan Lebih Besar Dari Iktikaf Di Masjid? Ini Sebabnya...

Pahala menemani isteri jalan-jalan sebenarnya lebih baik dari pahala iktikaf di Masjid Nabawi sebulan penuh.

Apa yang anda dapat jika dengan ikhlas menemani seorang sahabat atau orang terdekat anda membeli barang barang keperluan seharian? Pasti banyak yang berfikir bahawa apa yang telah kita lakukan hanya berbalas pahala dan ucapan terima kasih sahaja.

Tapi jangan salah, keikhlasan kita tersebut ternyata diganjarkan pahala besar bahkan lebih besar dari yang kita fikirkan.

Rasullulah SAW bersabda;


"Sungguh aku berjalan bersama seorang saudara (muslim) di dalam sebuah keperluan lebih aku cintai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ku (masjid Nabawi) ini selama sebulan."
(HR. Ath-Thabarani)

Syaikh Muhammad bin shalih Al-Ustaimin rahimahullah berkata,

"Menunaikan keperluan kaum muslimin lebih penting dari pada iktikaf, kerana manfaatnya lebih menyebar, manfaat ini lebih baik daripada manfaat yang terbatas (untuk diri sendiri). Kecuali manfaat terbatas tersebut merupakan perkara yang penting dan wajib dalam Islam (misalnya solat wajib)."

Bayangkan, ganjaran melebihi pahala beriktikaf di Masjid Nabawi sebulan penuh. Betapa mulianya kita jika ikhlas walau hanya sekadar menemani orang lain berjalan-jalan.

Malahan apa lagi kalau ikhlas itu dilakukan kepada isteri anda sebagai orang yang paling berhak anda bahagiakan di dunia ini.

Rasullulah SAW bersabda;

"Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya." (HR At-Thirmidzi)

Maka duhulukanlah isterimu dari pada teman teman mu. Perhatikan keinginan dan temani isteri dan anak-anak mu kerana sebagaimana mereka adalah paling berhak mendapatkan kebaikan dari dirimu (suami).

Sekadar pergi menemani isteri dan anak-anak berbelanja, jalan jalan dengan rasa bahagia dan ikhlas dilakukan, ganjarannya pahala yang menanti boleh melebihi dari iktikaf di Masjid Nabawi sebulan penuh.

Wallahu a’lam

sumber : muslimterbaru.com
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda