Adakah Anda Selalu Lupa? Bantu Otak Anda Berfungsi Dengan Lebih Baik Dengan Amalkan 10 Makanan Terbaik Untuk Otak Sihat

loading...

“You are what you eat” atau anda adalah apa yang anda makan.

Rasanya kita biasa ternampak atau terbaca kenyataan ini tapi adakah kita tahu makanan yang terbaik untuk kesihatan otak kita. Kesihatan otak juga perlu dijaga supaya kita jangan tua sebelum waktunya, bila umur dah meningkat ni, kadang-kadang penyakit lupa ni sering berlaku. Saya rasa anda pun selalu mengalami sindrom lupa kan?

Apakah 10 makanan terbaik untuk kesihatan otak kita, saya mulakan dengan makanan yang mendapat tempat ke-10 dan seterusnya hingga ke tempat yang pertama. Jom baca.

No.10 – Tiram
Jika anda suka makanan laut, tentu anda suka dengan makanan dari jenis cengkerang ini. Menurut kajian yang dijalankan, makanan ini sangat bermanfaat untuk otak. Tiram kaya dengan zat besi dan membantu untuk menajamkan pemikiran anda. Di dalam 100 gram tiram ia mengandungi 11 gram protein, 4 gram lemak dan D (calciferol). mineral yang terkandung adalah besi, sodium, magnesium, kalsium, zink dan lain-lain lagi.

No.9 – Bijirin Gandum Penuh
Beras merah, oatmeal, roti whole grain dan gandum adalah antara kumpulan dalam makanan jenis ini. Ia bekerja untuk meningkatkan aliran darah ke otak. Makanan berbentuk bijirin ini mengandungi banyak vitamin B6 di dalamnya. Menurut para pengkaji ilmiah, memori seseorang mula menurun ketika usia menjangkau akhir 60-an dan di awal 70-an. Jadi, bijirin adalah sangat bagus untuk usia sebegini.

No. 8 – Teh Hijau
Ada diantara anda yang suka minum kopi pada waktu pagi kan?. Cuba gantikan dengan secangkir teh hijau. Minuman ini bermanfaat bagi otak kerana ia mengandungi catechin. Pernahkah anda mengalami di mana anda berasa letih dan lesu setiap hari?. Mungkin anda kekurangan catechin dalam otak. Catechin berguna untuk menjaga pemikiran agar sentiasa tajam dan segar.


No. 7 – Telur
Semakin meningkatnya usia anda, otak manusia semakin lemah tetapi kita boleh menanganinya dengan rutin memakan telur. telur mengandungi banyak vitamin B12 serta lesitin. Anda juga perlu ingat bahawa telur tidak sihat jika dimakan terlalu banyak kerana kuning telur tinggi kolesterol. Cukup hanya 1-2 biji sahaja sehari.

No. 6 – Rempah-Rempah
Rempah terdapat dalam pelbagai jenis masakan yang terdiri daripada rempah kari, ketumbar, kunyit, jintan putih, kayu manis dan macam-macam lagi. Tahukah anda bahawa rempah-rempah ini sangat bermanfaat untuk otak?. Ia bertujuan menjadikan otak kekal segar sepanjang masa. Sebagai bahan utama, serbuk kari juga penuh dengan antioksidan yang melawan penuaan otak dan memelihara fungsi kognitif apabila usia bertambah.

No. 5 – Buah Berry
Blueberry sangat baik dalam meningkatkan kemampuan belajar seseorang. Kebanyakan berry termasuk blackberry, blueberry, raspberry dan lain-lain penuh dengan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan kesihatan otak. Ia dapat membantu membalikkan efek penuaan pada otak dengan makan buah ini sekali sehari. Kebanyakan berry mengandungi fisetin dan flavenoid yang sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan.

No. 4 – Kekacang
Ambillah snek dari kekacang dan biji-bijian seperti kekacang hazel, almond, walnut, biji bunga matahari atau kekacang yang lain. Kekacang dan biji-bijian penuh dengan asid lemak Omega 3 dan Omega 6, folat, vitamin E dan vitamin B6. Semua nutrisi ini membantu anda berfikir dengan lebih positif. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya untuk kanak-kanak.

No.3 – Sayuran Berdaun Hijau
Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain adalah sangat baik untuk otak kanak-kanak dan juga orang dewasa. Makanan ini pula penuh dengan vitamin B6, B12 dan folat yang merupakan senyawa penting diperlukan oleh otak. Sayuran juga mengandungi zat besi yang tinggi. Jadi, anda perlulah biasakan anak-anak anda memakan sayuran hijau.

No.2 – Ikan
Ikan secara keseluruhannya sangat bermanfaat untuk kesihatan terutama untuk otak. Ikan penuh dengan khasiat Omega 3 sekaligus dapat mengurangkan penyakit Alzheimer, Omega 3 juga menyediakan lebih banyak oksigen ke otak serta memungkinkan seseorang untuk menyimpan informasi baru sementara masih mengingati informasi lama. Ikan terbaik untuk kesihatan otak adalah ikan salmon dan tuna.

No.1 – Coklat
Tahukah anda bahawa coklat sangat bergizi pada perkembangan otak?. Para ilmuwan telah membuktikan bahawa kandungan antioksidan yang ditemui dalam dua atau tiga senduk sudu coklat lebih kuat daripada antioksidan yang terdapat dalam makanan lain.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda