Bercadang Hendak Melawat Bayi Baru Lahir? JANGAN Lakukan 9 Perkara Ini Yang Ramai Tidak Ambil Tahu. Mohon Kongsikan...

loading...

Bercadang Hendak Melawat Bayi Baru Lahir? JANGAN Lakukan 9 Perkara Ini. Ramai TAK AMBIL TAHU !!! | Dalam keterujaan menziarahi ibu baru bersalin dan bayi baru lahir, ada beberapa perkara yang perlu dipandang berat. Ingatlah yang anda akan bertemu dengan dua insan yang masih belum sihat sepenuhnya selepas kedua-duanya melalui proses kelahiran.

Setiap daripada kita mesti teruja melawat keluarga atau rakan terdekat yang baru melahirkan bayi. Walaubagaimanapun, kita perlu tahu bahawa bayi yang baru lahir adalah amat sensitif kerana mereka sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim.
Selain adab melawat bayi baru lahir, banyak lagi faktor yang melibatkan kesihatan serta keadaan emosi ibu mahupun keluarga yang perlu dipertimbangkan. Bagi memastikan diri anda adalah tetamu yang beradab, maka anda perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara seperti yang dinyatakan ini.
1. BERITAHU TERLEBIH DAHULU
Elakkan datang terlalu awal kerana sesetengah ibu bapa sebenarnya agak keberatan untuk menerima tetamu, lebih-lebih lagi sekiranya keadaan ibu masih memerlukan perhatian atau bayi yang dilahirkan kurang sihat.

Jika kita tidak pasti sama ada mereka bersedia menerima kehadiran tetamu, bertanya dahulu keadaan mereka. Dan sekiranya anda telah berjanji untuk melawat keluarga tersebut dalam tempoh tertentu, patuhilah masa tersebut.


2. TAK PERLU LUANGKAN MASA TERLALU LAMA
Beri ucapan tahniah kepada rakan anda, tanyakan khabar, dan berbual-bual ringkas sekadarnya. Walaupun bayi baru lahir selalunya tidur, mereka kerap juga diberikan perhatian.

Selalunya, ibu perlu menyusu badan dengan kerap pada awalnya dan kehadiran tetamu mungkin akan memberi sedikit kesukaran untuk mereka menyusukan bayi dengan selesa.

3. JANGAN AMBIL GAMBAR TANPA KEBENARAN
Memang comel melihat bayi. Walaupun mereka tidur, kita tetap leka dengan gelagat mereka.

Tapi, sebelum mengeluarkan kamera atau smartphone, mintalah izin daripada ibu bapanya untuk diambil gambar bayi tersebut. Sesetengah ibu bapa belum mahu memaparkan wajah bayi mereka kepada orang ramai atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, hormatilah pendirian mereka.

4. ELAK BAWA AHLI KELUARGA YANG SEDANG SAKIT
Jika ada antara anak anda yang sedang demam, selsema, dijangkiti ruam, atau sebagainya, tangguhkan dahulu melawat bayi baru lahir. Seperti yang kita tahu, bayi amat sensitif dan mudah terkena jangkitan, lebih-lebih lagi semasa usianya baru menjangkau beberapa hari.

Jika terpaksa membawa mereka, pastikan anda memesan supaya mereka tidak terlalu mendekati bayi dan menciumnya sesuka hati.

5. BASUH TANGAN KETIKA MAHU MEMEGANG BAYI
Jika anda ingin memegang bayi, pastikan tubuh anda dalam keadaan bersih. Lebih baik jika dapat mencuci tangan sebelum menyentuh dan memegang bayi untuk mengelakkan jangkitan.

6. FIKIR SEBELUM MENCIUMNYA
Apabila anda bersin, batuk, bernafas, termasuk mencium bayi, kuman boleh terbebas dan menular kepada orang di sekelilingnya, terutamanya bayi yang masih lemah antibodinya.

Apabila dicium-cium, kuman mudah berpindah dari mulut anda melalui air liur ke pipi atau bibir si kecil.

7. MEROKOK, WALAUPUN SEBELUM BERJUMPA BAYI
Ini salah satu perkara yang amat penting. Tak kiralah sebelum berjumpa bayi atau semasa di luar rumah / hospital, seseorang tak sepatutnya merokok apabila mereka mendekati bayi.

Ini kerana, walaupun bayi tidak menghidu asap rokok secara terus daripada rokok, bau-bauan yang masih melekat pada baju menandakan partikel kimia itu masih berada pada tubuh anda. Bahkan, asap rokok basi ini lebih merbahaya berbanding asap rokok itu sendiri!

8. JANGAN KEJUTKAN BAYI YANG SEDANG TIDUR
Kita tak tahu betapa susahnya ibu bapa cuba menidurkan anak mereka tadi. Oleh itu, tolonglah jangan mengejutkan bayi sekiranya mereka sedang tidur semata-mata untuk mendukung atau mengambil gambar mereka.

Apabila bayi meragam, tentu ibu bapa akan berasa susah hati dan bertambah letih untuk memujuknya nanti.

9. JAGA PERCAKAPAN
Tak perlu beri nasihat sekiranya tidak diminta, lebih-lebih lagi jika si ibu dan ayah kelihatan tidak bermaya. Mungkin mereka belum bersedia menerima sebarang komen yang mungkin merimaskan, walaupun anda seorang yang lebih berpengalaman.

Ucapkanlah perkara-perkara yang baik dan boleh menenangkan hati mereka.

‘KEEP IT SHORT AND SWEET

Jika anda datang ke rumah mereka, pesankan supaya mereka tak perlu sediakan apa-apa. Kita datang semata-mata untuk menziarahi mereka, dan bukannya untuk dilayan dengan pelbagai jenis makanan.

Jika membawa buah tangan, bawakan makanan yang sesuai seperti buah-buahan, roti, atau juadah yang boleh dimakan oleh wanita berpantang. Tidaklah mereka ‘kempunan’ dan ‘terliur’ melihat makanan-makanan yang hanya boleh dibuat bahan pameran!

0 comment... add one now