Kami Sering Diejek Dan Dibuli, Rupa Kami Buruk, Melayu Jahat Cikgu - Anak Orang Asli

loading...
Masyarakat di Malaysia mempunyai berbagai kaum yang amat dihormati oleh negara-negara lain di dunia kerana perpaduan yang dipupuk oleh semua masyarakat di Malaysia dari dulu dan sekarang.

Hormat menghormati adalah amalan yang ditekankan semenjak di bangku sekolah sehinggalah di tempat kerja.

Satu kisah yang dikongsikan oleh seorang guru yang dikenali sebagai Sharifah Sharina Syed Aswad membuktikan bahawa amalan menghormati sesama kaum harus ditekankan lagi di sekolah agar kejadian seperti yang beliau alami tidak akan berulang lagi.
Kisah anak muridnya iaitu Orang Asli mengadu sering diejek dan dibuli oleh pelajar Melayu sangat mengejutkan kerana sehingga kini masih lagi ada pelajar yang bersikap demikian.


Melayu Jahat, cikgu!


Jawapan yang diberikan oleh pelajar ketika saya bertanya samada pelajar orang asli berkawan dengan pelajar melayu atau tidak.

Kenapa kamu cakap macam tu?

"Iya cikgu. Budak melayu selalu ejek kami. Mereka kata kami busuk. Mereka kata nama kami buruk. Rupa kami buruk. Kami makan babi. Kami malu, cikgu..."


Allahu.... 4 minggu di program #jombaca bukan sahaja mengajar cara membaca dan menulis dengan betul, banyak pelajaran sampingan yang lain.

Kami akan panggil segelintir pelajar untuk beritahu mereka mengenai jangan membuli, menghormati orang lain, tugas mereka sebagai orang Islam, Allah mencipta manusia daripada pelbagai bangsa dan lain-lain.

Sepanjang 3 minggu saya disini memang nampak ketara betapa asingnya pelajar Melayu dan pelajar Orang Asli. Hal mengejek ini tidak sahaja berlaku di Gua Musang, hal yang sama saya temui di Bangi Lama dan Gombak Batu 12. Menyedihkan!

Status yang dikongsikan Sharifah Sharina mendapat reaksi netizen dan merekan mempunyai pendapat mereka sendiri seperti di bawah.





Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda