Rupa-Rupanya Kuah Punca Ibu Lepas Bersalin Tak Boleh Makan Laksa Selama Setahun!!

loading...
Pernah tak anda dengar orang tua-tua cakap, selepas bersalin tak boleh makan laksa, siap kena pantang setahun!

Kenapa laksa dikatakan salah satu menu yang menjadi pantang besar bagi ibu yang baru lepas bersalin?

Apakah relevannya makanan ini tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu lepas bersalin? Ok jom semak...

1. Kuah Punca Angin

Tahu tak, daun kesum dan bunga kantan paling bisa dan itulah punca angin. Dan ada juga yang kata jenis ikan yang digunakan untuk membuat laksa.

2. Laksa dimasak dua kali

Ibu berpantang tak boleh makan makanan yang dipanaskan semula atau dimasak dua kali. Ya, laksa dibuat daripada beras tetapi laksanya sejenis makanan dikeringkan. Bila dah kering, laksa akan direbus atau direndam.

Haaa.... inilah yang bisa buat ibu berpantang. Bila dah masak dua kali ia memerangkap angin dan kandungan angin itu makin tinggi. Kesannya boleh sakit urat dan sakit badan. Paling takut, boleh kena BENTAN tau! Alaaa... semasa berpantang pun, memang ibu baru bersalin dilarang sama sekali makan nasi yang dipanaskan semula.

3. Ada timun

Ulam laksa selalunya ada timun dan kacang panjang. Ibu berpantang wajib elakkan, janganlah sampai makan walau ak sengaja. Timun sejenis sejuk dan kacang panjang itu boleh buat angin. Lagi satu, nenas... cukup bisa dan tak sesuai untuk ibu berpantang makan, ya.

Tolong ya ibu-ibu, berpantanglah betul-betul sebab badan kita ini nak pakai lama. Kesan makan laksa ni, kita takkan rasa sekarang. Tapi bila dah berumur nanti, mula lah sakit pinggang, sakit lutut dan sebagainya.

Jangan nanti anda rasa kesan dikemudian hari dan bila badan dah masuk angin anda baru nak menyesal. Masa itu dah tak guna dan padahnya anda cepat nak marah pada anak. Silap-silap boleh meroyan sebab badan tak begita sihat. Jadi sila bulatkan hati untuk berpantang betul-betul. Tak lama pun, banyak lagi menu sihat yang ibu-ibu boleh makan. Semoga bermanfaat!

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda