Sanggup Jual Rumah Yang Anak Isteri Duduk & Nak Kahwin Lain, Tindakan Lelaki Ini Memang MELAMPAU !!!

loading...
Sanggup Jual Rumah Yang Anak Isteri Duduk & Nak Kahwin Lain, Tindakan Lelaki Ini Memang MELAMPAU !!! | Pagi semalam aku dapat call dari brader kedai hipster dekat dengan USJ… Brader ni lebih kurang awal 40-an nak jual rumah sebab nak kawin. Borak punya borak…sampai dah selesa panggil aku ngko..
Bosan hidup sorang katanya… Aku pun tanpa bagi idea lain… aku accept la nak jual rumah brader ni. Dah reno katanya… Nak jual RM800++k ikut harga pasaran.
Aku~ Woww banyak tu…meriah kawen ko nanti..
” Biase la zaman sekarang ni mana je murah. Semua mahal² . Bini nak macam² kene bagi. Bini mintak honeymoon babymoon kejadah moon kene layan bro… Wa sayang bini…”
Aku ~ untung sape kawen ngn ko ni….eh rumah dh jual nanti nak dok mana?
“Aku ada rumah lain. Kecik sikit la. kondominium je..boleh la manja² lebih skit nanti….nak terkam senang… hahhahaha”
Aku~ malas layan gatal ko ni. Bila boleh aku datang umah ko amik gambar? Nak snap lawa² senang jual.
“Eh…aku bagi jela gambar dulu² bleh tak? Sekarang tenant(penyewa) duduk. Tenant(penyewa) aku tu susah la nak bagi orang masuk rumah.
Tapi kalau ko nak juga masuk..ko cakap ko ni contractor nak ukur dan amik gambar untuk renovate rumah… Nak kasi tenant aku tu senyum lebar skit”
Aku~ Eh xpe ke…aduhhh xreti la aku nak tipu tipu ni..atau ko terus terang jela ko nak jual rumah. Kan senang.
” Malas laa..nanti dia lari keluar plak. Xnak bayar sewa susah aku nanti. Anak dia dah la bersepah berderet²..bising suka buat kotor. Kang dapat tau kang jahanam rumah aku tu. Payah nanti. Ko berlakon jela. diam-diam suda. Nanti pandai la aku kelentong dia”
Aku~ Ok nanti aku datang jela. Tapi ak xnak cakap pape. Diam je nanti. Mintak tenant ko kemas kan rumah skit la ya. Aku nak ambil gambar kene teratur skit.
” Ok nanti aku suruh tenant aku tu kemas pape yang patut”
HARI KEJADIAN…..
==============
Selepas beri salam… Aku pun siap2 ready amik camera. Nampak sorg perempuan tgh kendong anak kecik dua org. Serabai tak terurus aku tgk akak ni. Dalam hati dah rasa mesti kacau bilau rumah…
Tapi aku masih senyum dan beritahu yg aku nak ambil gambar rumah. Iqbal suruh.
Dia pun senyum… Xmarah… Baik peramah je.. Xmacam si iqbal ni ckp….
Dari susuk tubuh n air muka akak ni mmg nampak akak ni penat menguruskan anak².
Pucat lesi, tudung senget. Pakaian pun agaknya tak bertukar lama.. Anak² pun pakai baju lusuh…anak² masih kecil anggaran dlm 1-6 tahun.
Aku~ akak… Saya minta maaf ya ganggu akak dgn anak².. Brp org anak ni kak. Kecik lagi ni. Comel sgt. (Sambil acah acah angkat anak dia) Tapi anak² dia semua nak dukung. Manja….
Seronok pulak melayan.
Akak ~ anak akak ni ramai Maaf ya…. Dorg mmg manja sikit. Lama xjumpa ayah dia. Ayah dia kerja. Semua ada 7 org. Paling tua masih sekolah menengah tgkatan 3.
Awk masuk la akak buat air ya.
Aku~ Ok akak.xyah susah susah..sekejap je ni kak… Saya ada hal lain lepas ni. ( punya la nak blah cepat2 takut akak tu soal banyak… Tambahan plak anak2 dia ni semua nk panjat2 aku… Dah jadi gajah plak)
Akak~ Awk ambil la gambar dapur ni banyak banyak ya. Kalau boleh akak nak kitchen cabinet yg elok sikit. Maklum la anak ramai ni susah skit nak masak tempat sempit²..
Aku~ (huhhh! Boleh tahan taste akak ni… Die xtau ke owner die ni tipu je)
Alahai rase bersalah plak…
Aku diam je..angguk je.
Akak~ Awk ade jumpa Iqbal ke baru2 ni? Akak lama dh xjmp dia. Dia oustation dekat sebulan kan. Ni pun dia call.. ckp awk nak renovate rumah.. Syukur allhamdulilah.
Aku~ Ooo sy baru je jumpa dia. Dia sibuk kot. Akak cari dia sebab nak bayar sewa ke?
Akak~ ishhh awk ni.. Saya kan bini dia..ape plak kesitu awk pikir…hehhee ade pulak sy nak bayar sewa..lawak la…hihihi (sambil kacau air)
Aku~ Ya Allah….menitik air mata aku tiba².
Aku terus mintak diri & pecut sambil nangis. Keluar air mata jantan aku ni..
Bersalah nya rasa.. Yallah tak sanggup aku nak tgk muka akak tu dgn anak2 kecik dia tadi.
Ayah dia nak jual rumah & kawen lagi? Sanggup nyaa buat anak bini macam tu.
Siap kutuk lagi anak ramai. Tu anak dia kan… Xguna punya jantan.
Aku xnak sambung…. Aku xnak jumpa jantan bodoh tu.
Biar kan aku tenang seminggu.
Aku rasa aku perlu jumpa akak tu lepas ni & minta maaf.
Jahat nya hati aku tempoh hari.. Maaf kan aku akak…
Anda nilai…
Nasihat pada wife semua…kita semua kena ada asset sndri..xkisah la rumah sekangkang kera pun xpe..jadi ape2 nanti xde la sesusah begini..

0 comment... add one now