SubhanAllah! Sempat Masuk Islam Sebelum Meninggal Dunia...

loading...

Kuala Nerang – “Anak saya sempat memeluk Islam apabila mengucap kalimah syahadah yang diajar selepas terbabit dalam kemalangan,” kata Abdul Aziz Abdullah, 39, bapa Allahyarham Azyet Joplin, 18, yang terbunuh dalam nahas motosikal, hari ini.

Azyet Joplin yang menunggang motosikal untuk ke pejabat agama bagi urusan memeluk Islam maut selepas kenderaannya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kampung Perik, di sini, jam 11 pagi.

Abdul Aziz yang sudah lapan tahun memeluk Islam berkata, anaknya itu baru empat bulan tinggal bersamanya di Mukim Kurong Hitam, di sini, kerana sebelum itu tinggal di Kota Marudu, Sabah.

“Selepas menetap dengan saya, arwah ada menyatakan ingin memeluk Islam dan ia sesuatu yang menggembirakan saya.

“Sepatutnya tengah hari tadi (semalam), kami ke pejabat agama untuk urusan dia memeluk agama Islam tetapi akhirnya, dia berjaya memeluk Islam di penghujung hayatnya selepas diajar orang awam yang membantunya di lokasi kejadian.

“Jenazahnya dikafankan sebagai orang Islam di Hospital Kuala Nerang, di sini sebelum dikebumikan di kampung halaman keluarga di Sabah,” katanya yang dihubungi di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok sebelum meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!