Wanita Nampak Kala Jengking Besar, Mimpi Wanita Tua Berpakaian Hitam.Rupa-Rupanya Petanda… !!!

Wanita Nampak Kala Jengking Besar, Mimpi Wanita Tua Berpkaian Hitam.Rupa2nya Petanda… !!! | Assalamualaikum semua.  Cerita ni memang kisah benar yang terjadi dalam keluarga aku sendiri. Oh ya aku perkenalkan diri aku sebagai Nurul. Kisah ni dah jadi beberapa tahun lepas. Tapi tetap tak boleh kami sekeluarga lupakan disebabkan kisah ni berentetan dari satu kisah ke satu kisah.
Bermula dengan satu pagi. Ada seorang staff makcik aku yang kebetulan jiran taman aku,terserempak dengan sepasang suami isteri tengah duduk mencangkung tepi longkang rumah aku. Biasa la jiran prihatin ni,dia tanya kat pasangan tu buat apa tepi rumah kitaorg? Dia jawab tengah pulangkan kala jengking,katanya dia jumpa kat situ. 
Jiran aku tengok memang besar sangat kala jengking. Sampai klinik jiran aku terus cerita dekat makcik aku apa yang dia jumpa dekat tepi rumah kami. Terus makcik aku call aku tanya betul ke kat rumah ada kala jengking?
Pelik jugak,setahu aku berdasarkan struktur geografi tanah kat umah aku,memang tak pernah pulak jumpa kala jengking pun,lipan pun takdo. Pelik! Tapi dalam masa yang sama hati aku terlintas macam ada bende yang buruk akan berlaku. 

Aku cerita la kat atuk aku pasal makcik aku call kata ada orang jumpa kala jengking dekat rumah aku,katanya nak pulangkan. Atuk cuma balas takde pape. Tapi hati aku tetap tak bape nak sedap. Macam ada yang tak kena. Kejadian tu berlaku pagi dalam area pukul 7pagi ke 7.30pagi macam tu. Masa matahari tengah naik.
Ok back to cerita,aku pun tido. Biasa memang kegemaran aku tido tetengah hari. Lepas zohor. Korang bayangkan aku mimpi yang sangat seram. Sorang perempuan tua datang dengan berpakaian lengkap silat serba hitam datang ke tangga rumah nenek aku ajak aku bertarung. Dengan leher dia penuh rantai macam kalung yang bertasbih tu. Ala macam tok sami budha selalu pakai tu. Tapi ada satu kalung dia macam tulang-tulang. Dan aku bertarung sambil baca ayat kursi. 
Akhirnya aku menang sebab aku berjaya sentap satu rantai dia sampai putus. Lepas tu perempuan tua tu balik sambil cakap nanti aku datang balik. Aku terus sedar. Gila woii. Tido tengah-tengah hari kau boleh mimpi macam tu. Berpeluh-peluh aku. Tapi aku tetap husnuzon lagi. Anggap mainan setan. Tu la sapa suruh tido tengah-tengah hari ye dak.
Aku pun wasep akak aku,cerita pasal kisah orang jumpa kala jengking kat rumah kitaorg. Then,akak aku pun bukak cerita malam tu dia mimpi kala jengking gigit kaki dia,bangun-bangun tido bertanda lebam. Tapi kitaorg masih lagi diamkan diri. Aku pun tak cerita pasal mimpi aku dekat sapa-sapa. Keesokkan hari tu atuk aku panggil semua anak-anak cucu balik rumah dia. 
Dia cerita yang dia mimpi buruk,ada sorang perempuan tua datang rumah nenek aku,seret nenek aku dengan makcik aku pergi dekat tanah perkuburan. Cara dia cerita,gambaran perempuan tua tu dengan dia memakai rantai rambut mengerbang sama dengan perempuan tua yang datang dalam mimpi aku. Lepas je atuk aku bukak cerita tu,aku pun baru berani nak cerita mimpi aku dengan kisah kaki akak aku lebam lepas dia mimpi tu.
Jadi atuk aku decide malam tu semua anak-anak cucu balik tido rumah nenek ngan atuk. Sebab pada jangkaan dia ada orang cuba nak khianat keluarga. Betul & tepat jangkaan tu. Dengan bantuan seorang ustaz kenalan pakcik aku,dia bagitau memang ada seseorang yang cuba. Ustaz tu datang rumah. Mak aku ada dua buah rumah sebenarnya. Rumah taman yang kteorang duduk ni rumah kedua. Rumah pertama ada dekat pekan lain tapi jarak dari pekan tu tak la jauh. 
Dekat rumah pertama ni depan pintu pagar ada orang tabur tanah kubur. Sebab tu dalam mimpi atuk aku nampak dia seret nenek dengan makcik aku masuk tanah perkuburan. Punca dia pilih nenek dengan makcik aku adalah sebab dua-dua tu yang paling lemah dalam keluarga besar. Dia nak tuju dekat mak ayah aku supaya bergaduh sampai bercerai tapi tak dapat,akhirnya dia pilih nenek dengan makcik aku.
Cuma ustaz tu cakap sihir tu terbantut sebab pertama ada orang tegur masa mula-mula dia nak letak sihir tu. Sebab tu jiran aku jumpa dalam bentuk kala jengking. Kala jengking tu hanya yang jiran aku nampak pada mata kasar dia senang cakap menyerupai. Kedua dia kalah disebabkan amalan. Nenek dengan atuk aku ni orang masjid. 
Aku rasa mungkin surah-surah yang nenek aku selalu baca masa duduk-duduk amik angin dekat luar tu membantu. Lepas tu standard bila kau duduk asrama,setiap hari kau kene baca mathurat kan. Semua sedia tahu mathurat ni pemutus sihir,penangkis sihir. Aku selalu jugak baca mathurat ni walaupun kadang-kadang on off. Hehehe. Aku syak bende-bende ni la penghalang sihir tu dari terjadi.
Ustaz tu pesan,orang yang hantar ni akan cuba lagi untuk hantar benda lain. Sebab yang siri pertama dah gagal. Alhamdulillah selesai ustaz tu pulihkan kedua-dua rumah,baru berani oii nak masuk rumah. Kalau tak kau rasa rumah kau macam puaka. Takde feel nak masuk langsung. 
Lagi satu bernasib baik mak aku tak langkah tanah kubur yang dia tabur depan pintu rumah. Sebab lepas mak aku tengok ada kesan tanah je macam ditabur tu,mak aku patah balik. Dia kata hati dia tak sedap.
Alhamdulillah,syukur sangat. Siri pertama tak jadi. Tapi datang pulak siri kedua. Nanti la aku cerita. Sebab tiap kali cerita pasa bende ni bulu roma mesti meremang lagi. Huhuhu walaupun dah bertahun.-Fiksyen Shasha
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda