Ada Masalah Kurang Darah (Anemia) Dan Cepat Letih? Jom Cuba Petua Mudah Ini Boleh Membantu Anda. Mohon Kongsi Petua Ini...

loading...

Bila sebut Anemia, mungkin ramai yang tahu apakah penyakit itu. Buat yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan PENYAKIT ANEMIA, ia adalah sejenis penyakit yang di sebabkan oleh KEKURANGAN SEL DARAH MERAH (RED BLOOG CELL DEFICIENCY) dalam darah kita. 

Ia sangat berkait rapat dengan bilangan Hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam darah. Secara ringkasnya Hemoglobin dalam darah yang berada di sekitar paru-paru kita akan mengangkut oksigen dari kawasan ini keseluruh tubuh badan kita. Cuba bayangkan jika kita kekurangan sell darah merah, pastinya tubuh kita akan kekurangan oksigen. Betul tak?

Setiap penyakit tentu kita dapat kesan tanda-tanda awalnya. Sama juga seperti penyakit Anemia ni. Tanda-tanda yang ketara dapat dilihat ialah mukanya selalu pucat dan lemah.Disini kami kongsikan antara gejala atau syndrom pesakit Anemia.

Muka menjadi pucat
Untuk mengetahui seseorang itu menghidap anemia atau tidak, mudah sahaja lihat pada wajahnya. Adakah pucat atau tidak. Lebih-lebih lagi lihat pada kelopak matanya. Regangkan kelopak mata kita dan perhatikan bahagian bawah mata. Jika bahagian bawah mata pucat, ia adalah tanda seseorang itu menghidapi Anemia.

Mudah keletihan
Jika kita sering keletihan ia adalah tanda seseorang itu menghidapi Anemia. Oleh kerana kuantiti sel darah merah rendah, ia akan menyebabkan penurunan kuantiti oksigen dalam tubuh. Sedangkan penghasilan tenaga dalam tubuh sangat bergantung pada kuantiti oksigen yang ada. Jadi, semakin rendah sel darah merah, semakin rendah oksigen dalam tubuh dan tenaga yang di hasilkan juga berkurang.

Sering sakit kepala
Penghidap sakit anemia kerap kali akan mengeluh sakit kepala. Kekurangan darah merah mengakibatkan oksigen yang di hantar ke kepala berkurangan. Lantas, menyebabkan sakit kepala.


Sesak nafas
Akibat daripada kekurangan darah merah ia akan menurunkan kuantiti oksigen dalam tubuh kita. Hal ini akan mengakibatkan penderita anemia sering sesak nafas dan rasa termengah-mengah ketika melakukan aktiviti seharian.

Denyutan jantung tidak teratur
Denyutan jantung tidak teratur mungkin samada denyutan terlalu cepat ataupun terlalu perlahan. Ketika tubuh mengalami kekurangan oksigen, denyutan jantung akan menjadi pantas. Hal ini akan menyebabkan jantung berdebar, tidak teratur dan pantas.

Bagi anda yang kekurangan darah, selain mengatasi penyebabnya penting juga mengambil makanan penambah darah agar supaya hemoglobin darah cepat naik sehingga anemia cepat dapat diselesaikan dan tubuh pun menjadi cepat sihat.

Kurang darah akan menimbulkan gejala dan tanda yang membuat penderitanya menjadi mudah lelah, loya, mengantuk, sering pening, gangguan kognitif, pucat, dan lain-lain yang boleh mengganggu aktiviti harian bahkan boleh mengancam jiwa.Selain makan ubat anda boleh juga petua ini.

Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. 
Campurkan air dan perah serta tapis. 
Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. 
Masukkan sedikit garam kemudian kacau. 

Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda