Masya Allah, Inilah Golongan Terawal Yang Akan Dipanggil Di Akhirat Kelak. Adakah Kita Termasuk Dalam Golongan Ini?...

Setiap amalan atau perbuatan yang hendak kita dilaksanakan mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Allah S.W.T. tidak akan memandang sesuatu amalan yang dilaksanakan kerana riyak atau untuk mendapat pujian daripada manusia.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah supaya menyembah Allah S.W.T dengan dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya.” (Surah Al-Bayyinah ayat 5)

Walaupun ayat ini diturunkan berkenaan Ahli Kitab, namun Al-Quran tetap menjadi petunjuk kepada umat Islam seluruhnya.

Dalam perkara keikhlasan ini, Rasulullah S.A.W menegaskan kepada umat Islam “Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat, bagi tiap-tiap seorang itu apa yang dia niat” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Niat itu ialah segala amalan yang ditunaikan semata-mata kerana mengabdikan diri kepada Allah S.W.T, apabila ada sifat riya’ dan menunjuk-nunjuk kepada orang, maka berlakunya syirik yang tersembunyi yang boleh menghapuskan pahala seseorang itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barangsiapa beramal kerana riyak, Allah S.W.T akan menolak amal itu pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah r.a. berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, "Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, 'Aku adalah Dzat Yang paling kaya dari persekutuan-persekutuan yang ada. Barangsiapa beramal dengan suatu amalan bercampur dengan syirik (persekutuan) di dalamnya antara Aku dengan selain Aku, Aku akan meninggalkannya dan apa yang dipersekutukan itu'." (Hadis Riwayat Muslim).

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba Abu Hurairah menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah S.A.W kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan.

Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan: "Bahawa pada hari kiamat nanti, Allah S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah 'orang alim', orang kaya dan orang yang berperang di jalan Allah S.W.T.

Allah S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah Aku telah mengajarkanmu kitab yang telah Aku turunkan kepada rasul-Ku?"

Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.''

Allah S.W.T kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?''

Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-Mu di malam hari dan siang hari''

Allah S.W.T berkata kepadanya, "Engkau berdusta".

Allah S.W.T berfirman "Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. Allah S.W.T berfirman, ''Engkau telah Aku beri rezeki sehingga berkeadaan cukup".

Orang itu menjawab, ''Benar wahai Tuhan''.

Allah S.W.T kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'',

Dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.''

Allah S.W.T berfirman kepadanya, "Engkau dusta".

Malaikat juga berkata begitu. Allah S.W.T berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah S.W.T.

Maka Allah S.W.T berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?''

Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-Mu, maka aku berperang sehingga terbunuh.''

Maka Allah S.W.T berfirman kepadanya,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu."

Allah S.W.T berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian Rasulullah S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''

Berdasarkah hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amalan yang kita lakukan jika tidak ikhlas kerana Allah S.W.T dan ada matlamat dan tujuan yang lain maka ianya tidak akan di terima oleh Allah S.W.T. Amalan tersebut akan menjadi debu-debu yang berterbangan dan tidak ada nilai di sisi Allah S.W.T.

Ada orang bertanya bagaimana hendak mengetahu sesuatu amalan itu ikhlas atau tidak?, sedangkan ikhlas itu terletak di hati. Tidak ada sesiapa pun mengetahuinya melainkan Allah S.W.T.

Memang benar ikhlas itu terletak di hati. Jika kita sendiri hendak mengesan amalan yang kita buat itu ikhlas atau pun tidak maka tandanya kita lebih suka rahsiakan daripada menceritakan kepada orang lain. Boleh di ceritakan dengan syarat ada keperluan sebagai pengajaran dan ikutan.

Sedekah yang lebih baik adalah sedekah yang dilakukan secara sembunyi tanpa diketahui oleh orang lain hinggakan tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan.

Bila berdakwah dan berjihad dijalan Allah S.W.T tidak mengharapkan ganjaran atau pun pujian orang ramai. Di hina atau di puji tidak akan melemahkan semangat atau menjadi lebih semangat, kerana tidak ada balasan ganjaran yang lebih baik melainkan ganjaran daripada Allah S.W.T.

Wallahu a'lam.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!