Memang Tidak Terfikir Dek Akal...Ku Sangkakan Penyangkut Baju Rupanya Kamera….



Kita memang sentiasa bersyukur Malaysia masih aman. Tapi sejauh mana amannya tanah air kita? Bila mana rakyat khususnya merasa tidak selamat. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kewujudan skru berkamera yang berpotensi digunakan di mana-mana termasuk rumah kita.
Terbaru, seorang pelajar wanita kolej swasta di Seremban menemui penyangkut baju berperanti kamera ketika sedang menggunakan tandas perempuan di kolej terbabit. Bahaya betul sekarang ya.

Nampak lain daripada penyangkut baju biasa.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari itu mengejutkan pelajar terbabit. Dia syak ada sesuatu yang pelik pasal penyangkut baju itu bila mendapati ada memori kad di belakang objek itu. Dia berasa curiga dan terus maklumkan kepada staf kolej.
Lepas diperiksa, kad memori itu mengandungi dua video. Namun, video itu bukanlah video yang tak senonoh. Ekoran kejadian itu, laporan polis telah dibuat dan dikhabarkan masih dalam siasatan.

Boleh didapati dengan harga murah.


Apa yang lebih membimbangkan, kamera peranti seperti ini mudah didapati secara online di laman membeli-belah online. Harganya pula mampu milik. Tak mustahil dah ramai yang dah beli untuk tujuan yang tak sepatutnya.
Isu macam ni perlu dipantau oleh pihak berkuasa. Kita tak mahu wanita hidup dalam keadaan takut kerana ini boleh berlaku tanpa kita sedar.
Kredit : MyWatch
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda