35 Tahun Terpisah Dengan Keluarga. Apa Yang Berlaku Selepas Dia Bertemu Perempuan Ini Buat Lelaki Ini BAHAGIA !!!

Seorang gelandangan, Raimundo Arudda menghabiskan waktunya dengan menulis pelbagai puisi dan cerita pendek.
Selama 35 tahun, Raimundo hidup keseorangan tanpa hala tuju di Sao Paolo, Brazil.Berbekalkan sebatang pen, pembaris, dan kertas-kertas terbuang, Raimundo tetap menulis walaupun tiada sesiapa yang mengendahkannya.

Namun demikian, seorang wanita Shalla Monteiro sedar dengan bakat yang dimiliki oleh lelaki ini lalu mereka menjadi sahabat. Raimundo turut memberi beberapa puisi kepada Shalla. Tanpa disedari, perkenalan dengan wanita ini bakal mengubah hidupnya yang malang.
Keadaan Raimundo tidak terurus dan hidup dikelilingi dengan sampah-sarap tidak menjadi penghalang buat mereka untuk berkawan.

Disebabkan penulisannya yang kreatif dan puitis, Shalla telah mencipta satu laman di Facebook khas buat Raimundo.
Menurut Huffington Post, Shalla berkata Raimundo mempunyai cita-cita yang besar iaitu menerbitkan sebuah buku yang boleh menghimpunkan puisi-puisinya.

Semenjak itu, Shalla telah mengumpulkan hasil kreativitinya menerusi laman Facebook dan ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan.
Laman Facebook yang dinamakan Ocondicionado telah memberi impak yang amat positif.
Sehingga kini terdapat 185,090 jumlah pengikut dan 188,341 likes.
Pandangan orang terhadap Raimundo berubah selepas itu malah semakin ramai yang ingin berkawan dan berkenalan dengannya. Bermula daripada penulisan tepi jalan kini Raimundo semakin terkenal dengan hasil penulisan puisi dan cerita pendeknya.
Sehinggalah pada suatu hari, Shalla mendapat teks pesanan daripada Facebook daripada seseorang yang dikatakan adiknya.
Tanpa diduga, bermula daripada situ segala-galanya berubah.
Hubungan adik beradik yang terpisah 35 tahun ini akhirnya akan dijalinkan kembali. Dalam video di bawah, adiknya amat terharu kerana dapat bertemu kembali dengan abangnya setelah sekian lama terpisah.
Luluh hatinya apabila lelaki yang tinggal di kawasan sampah-sarah dan tidak terurus itu merupakan abangnya. Menurutnya, satu keluarga telah mencari Raimundo dan mereka akhirnya gembira kerana sebuah kebahagiaan akhirnya sempurna.
Apabila berjumpa, adiknya terus membawa Raimundo untuk tinggal bersamanya. Beliau menganggap abangnya bukan sebagai tetamu tetapi merupakan sebahagian keluarganya bersama isteri dan anak-anak.
Hubungan adik beradik akan berkekalan hingga hujung nyawa bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.
Shalla dan Raimundo masih kekal sebagai sahabat dan mereka dalam perancangan menerbitkan sebuah buku yang menghimpunkan tulisannya.
Lihatlah video di bawah yang sangat menyentuh hati dan perasaan, khas buat anda.
loading...

0 comment... add one now