AJK masjid dicemuh isu orang luar tak boleh dikebumikan di tanah kubur

STATUS di laman Facebook yang ditularkan sejak kelmarin mendakwa pada hari kejadian jenazah seorang kanak-kanak yang mempunyai waris di Kampung Pasir Puteh tidak dibenarkan disemadi di situ biarpun liang lahad sudah dikorek.
Mustafa Kamal menunjukkan kawasan kubur yang sepatutnya dikebumikan jenazah kanak-kanak tersebut.

Jawatankuasa Masjid Kampung Pasir Puteh meminta pihak yang menyebarkan isu tanah perkuburan Islam kampung berkenaan tampil memberi penjelasan dan meminta maaf kepada penduduk kampung.

Tindakan menular isu kononnya pihak jawatankuasa masjid tidak membenarkan jenazah seorang kanak-kanak di tanam berdasarkan papan tanda makluman di tanah perkuburan berkenaan telah mencetuskan suasana tidak senang dan resah dalam masyarakat di Kampung Pasir Puteh.

Apa yang diceritakan tidak benar malah dicemuh netizen yang meninggalkan komen di status yang dimuat naik dalam facebook itu.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Raduan Mohd Kasim mengakui papan tanda makluman berkenaan itu telah lama diwujudkan bagi membendung penyusutan keluasan tanah perkuburan tersebut selain menjaga kebajikan penduduk dan amanah yang telah diberikan.

Menurutnya, tanah seluas 2.4 hektar itu telah diwakafkan oleh individu kepada penduduk kampung untuk dijadikan kawasan tanah perkuburan dan amanah itu tidak pernah disia-siakan.


Sebelum ini pengurusan masjid memang benarkan orang luar dikebumikan di sini. Bagaimanapun, saban tahun nisbah penduduk luar yang dikebumikan terlalu banyak.

Pernah suatu ketika kita lihat ada 30 kematian berlaku melibatkan penduduk kampung dan ditanam di sini manakala 300 penduduk luar yang turut dikebumikan dalam tahun berkenaan, jadi nisbahnya sangat besar, katanya.

Beliau berkata, apa yang dilakukan ini demi kepentingan penduduk kampung pada masa depan,

Katanya, mereka tidak mahu penduduk menghadapi kesukaran dan terpaksa mengebumikan jenazah di kawasan lain.

Tegasnya, bukan hanya pengurusannya sahaja yang mengambil tindakan sedemikian, bezanya pihak lain tidak meletakkan papan tanda arahan seperti itu.

Tak terima permohonan

Mengulas isu jenazah tidak dibenarkan dikebumikan di tanah perkuburan itu baru-baru ini yang tular di media sosial, beliau berkata, pihak pengurusan masjid tidak dapat sebarang permohonan daripada waris untuk dikebumikan di situ.

Mereka terus berurusan dengan penggali kubur tanpa meminta kebenaran daripada pengurusan masjid. Sekurang-kurangnya mereka kena maklumkan kepada kami.

Memandangkan liang lahad sudah digali, kami membenarkan jenazah itu dikebumikan bagaimanapun keluarganya enggan meneruskan pengebumian tersebut, katanya.

Tambahnya lagi, isu berkenaan menjadi semakin hangat selepas ia tular sekali gus menjejaskan nama kampung ini.

Justeru itu katanya, mereka sepakat membuat keputusan bahawa mana-mana ahli jawatankuasa yang bertindak sendiri atau memulakan sesuatu masalah perlu dikeluarkan daripada jawatankuasa supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan, dalam satu-satu kawasan perumahan ditetapkan sekurang-kurangnya 10 peratus tanah lapang, jadi sebagai inisiatif penduduk boleh memohon untuk dijadikan tanah perkuburan.

Apabila meninggal, baru kelam kabut cari tanah perkuburan. Sepatutnya mereka ada usaha untuk sediakan bukan menyalahkan tanah perkuburan lain, katanya.

Beliau menegaskan supaya mana-mana pihak termasuk pemimpin tempatan bukan Islam yang turut berkongsi tular berkenaan supaya bertanya serta menyiasat kebenaran cerita dan tidak campur tangan dalam hal yang bukan dalam bidang kepakarannya khususnya melibatkan orang Islam.

Isu tanah kubur tular sejak kelmarin

Status facebook itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya menghentam pihak pengurusan masjid dan tanah perkuburan itu tanpa sebarang usul periksa.

Sinar Harian cuba menghubungi individu yang memuat naik status berkenaan tetapi tiada sebarang respons diberikan berhubung isu berkenaan.

Malah tinjauan kami di kampung berkenaan, orang ramai yang ditemui enggan memberikan sebarang ulasan tentang isu tersebut malah ada penduduk yang beremosi tidak mahu perkara itu dijadikan topik perbualan.

Bagaimanapun, sehingga petang semalam, status berkenaan tidak lagi kelihatan di Facebook dipercayai telah dipadamkan. – Sinar
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda